“Serahkan pada Allah. Susunan Dia,” – Nourul Depp bakal berbesan dengan Maria Farida

“Insya-Allah, serahkan pada Allah. Susunan Dia,” kata penyanyi Nourul Depp selepas berkongsi gambar anaknya, Ayu Nazirah bersama teman lelakinya yang juga anak kepada pelakon Maria Farida iaitu Mizan Ashley.

Perkongsian sempena ulang tahun Mizan ke -25 itu disambut dengan gembira oleh rata-rata peminat Nourul apabila mengetahui penyanyi itu bakal berbesan dengan Maria.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh N O U R U L (@nouruldepp)

Lebih menarik, Maria turut meninggalkan komen yang mengatakan anaknya bertemu dengan teman wanita yang baik.

“Dia bersyukur dikurniakan teman wanita yang baik,” tulis Maria di ruangan komen.

Menerusi perkongsian Nourul di Instagram, dia mengaku gembira apabila dapat berkenalan dengan Mizan yang dianggap seorang jejaka jujur.

“Anak yang baik sebab dia ada mama yang hebat. Saya gembira dapat mengenali anda. Seorang jejaka jujur yang pernah saya kenali. Terima kasih kerana menjadi diri anda dan sentiasa mengambil berat mengenai anak saya,” tulisnya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Nourul bagi mendapatkan reaksinya mengenai perkara itu tidak berjaya apabila kiriman WhatsApp tidak dibalas dan panggilan telefon tidak dijawab.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 3.1k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Maria Farida Atienza (@mariafarida)

Komen netizen:

 

Sumber: Harian Metro

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: Harian Metro

 

 

Be the first to comment on "“Serahkan pada Allah. Susunan Dia,” – Nourul Depp bakal berbesan dengan Maria Farida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*