Kak KM Rimas Artis Suka Sorok Wajah Anak Baru Lahir

 

Usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM meluahkan rasa rimas dengan tindakan artis yang tidak mahu mendedahkan wajah anak mereka kepada umum.

Memetik mStar Online, Kak KM berkata berkongsikan wajah anak merupakan satu cara untuk menzahirkan rasa gembira dan syukur.

“Saya rasa rimas dan tak faham kenapa nak muat naik gambar anak selepas bersalin tetapi tidak tunjukkan wajah sebenar. Ada pula yang sengaja tunjuk gambar kaki atau tangan bayi sahaja.

“Jika tempoh hamil boleh share perkembangan diri kenapa tidak selepas bersalin? Allah sudah kurniakan rezeki, tak salah untuk kongsikan kerana itu tanda kita gembira dan syukur dengan pemberian-Nya,” katanya.

Sebelum ini, Kak KM ada meninggalkan komen pada satu posting berita mengenai pelakon Mira Filzah.

“Rimas betul tutup-tutup muka anak,” tulisnya.

Dalam pada itu, Kak KM berkata ibu bapa sepatutnya tidak perlu bimbang untuk berkongsikan wajah anak kerana orang ramai boleh mendoakan kesejahteraan buat bayi mereka yangg baru lahir itu.

“Saya dah lihat ramai yang tidak mahu kongsi gambar anak sebab takut kena santau atau perbuatan jahat orang lain. Kenapa perlu ada perasaan sebegitu jika kita tidak buat salah?

“Apa yang penting adalah niat kita untuk berkongsi berita gembira. Jangan nak fikir perkara yang buruk sahaja,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.rotikaya.com/

 

Be the first to comment on "Kak KM Rimas Artis Suka Sorok Wajah Anak Baru Lahir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*