“Jangan Jadi Penunggang Agama Atau Munaflk” – Mawar Karim Beri Amaran Kepada Individu Digelar Sebagai “S

 

Usahawan Mawar Karim meluahkan rasa kesal terhadap seorang individu yang didakwa mahu sabotaj kehidupan dan perniagaannya.

Beri Amaran Kepada Individu Yang Digelar Sebagai “S”

Menerusi Insta Stories, Mawar tampil bersuara kepada seorang individu yang digelar sebagai “S” agar tidak terlalu gigih menghasilkan akaun TikTok palsu semata-mata untuk menjatuhkan reputasi dan perniagaannya.

“Kepada S, tak perlu gigih upah create TikTok fake account semata-mata nak sabotage life, business, personal, reputasi saya, keluarga & orang yang tiada kaitan.”-Mawar Karim

“Jangan Jadi Penunggang Agama”

Tambahnya lagi, Mawar turut memesan individu tersebut untuk menjadi orang yang profesional dan bukan penunggang agama.

“Jadilah manusia yang profesional, bertauliah. One more jangan jadi penunggang agama atau munaflk.”-Mawar Karim

Via Instagram Mawar Karim

Orang Ramai Akan Tahu Siapa Individu “S” Yang Sebenarnya

Via Instagram Mawar Karim

Ibu kepada seorang cahaya mata ini sempat memberikan amaran kepada individu berkenaan untuk tidak berselindung kerana suatu hari nanti orang ramai akan tahu siapa sebenarnya orang yang dikenali sebagai “S” itu.

“Come on, tak perlu berselindung di sebalik nama S.A.M. One day orang akan tahu siapa awak & APA KEGIATAN YANG AWAK JALANKAN.

Selama ini saya diam, diugut macam-macam. Kita serah pada pihak berkuasa. Kita kan nak jumpa di mahkamah nanti, Malaysia ada undang-undang.”-Mawar Karim

Terdahulu, Mawar Karim pernah bersuara mengenai individu digelar sebagai “S”  yang tidak berhenti melemparkan fitnah terhadapnya. Malah, dia turut menyifatkan isu yang tular mengenainya yang dilakukan oleh individu tersebut adalah untuk memalukan dirinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://murai.my/

 

Be the first to comment on "“Jangan Jadi Penunggang Agama Atau Munaflk” – Mawar Karim Beri Amaran Kepada Individu Digelar Sebagai “S"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*