CEO TikTok’, Aeril Zafrel dapat Lamborghini daripada isteri. Netizan korek harga kereta

 

PETALING JAYA – Pelakon yang diberi jolokon ‘CEO TikTok’, Aeril Zafrel menggigil apabila isterinya Wawa Zainal menghadiahi dirinya sebuah kereta mewah Lamborghini Aventador warna kuning yang dianggarkan bernilai RM2.27 juta.

Sebak dengan kejutan yang dibuat Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, Aeril berkata, dia sama sekali tidak menjangka menerima kereta mewah berkenaan daripada isteri tersayang.

“Saya memang tak tahu Wawa beli. Sebelum ini, saya memang ada terfikir nak beli sendiri. Selalu juga tengok di Internet dan YouTube. Malah, pernah cakap pada Wawa nak beli Lamborghini Aventado.

“Pun begitu, waktu itu, dia tak bagi (beli) sebab masih banyak perkara dan komitmen lain perlu dilunaskan.

“Barangkali sudah tiba saatnya dan dia pun beli. Saya pula jenis yang suka nak merasa. Dua tiga tahun selepas itu, tukar kereta lain pula. Dengan hadiah ini, sekurang-kurangnya, dapat memenuhi impian,” katanya.

Menurut Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, 34, ketika diberikan kejutan, dia sebenarnya menganggapnya hanyalah kereta sewa namun ternyata, tidak sama sekali.

“Sebak bila dapat hadiah. Selepas saya pandu, Wawa bagi geran. Pada mulanya saya ingatkan kereta sewa. Sebab ada juga kawan kami yang jenis sewa.

“Menggigil juga bawa. Sebab bukan macam kereta biasa. Sebelum ini tak pernah pandu uji pun. Apabila dapat pandu sendiri, rasa sungguh tak sangka,” katanya.

Menurut pelakon filem KL Vampires itu, edisi Lamborghini berkenaan sudah tidak dikeluarkan di pasaran selain memang inginkan warna kuning.

Dalam pada itu, Wawa menerusi Instagram berkata, hadiah yang diberikannya itu tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan Aeril sebagai suami dan bapa kepada empat anak mereka selama ini.

“Sayang, hadiah ini tak seberapa kalau dibandingkan dengan segala pengorbanan yang anda buat untuk keluarga selama ini.

“Hampir enam tahun bisnes, saya rasa ini masa untuk ‘reward’ Aeril dengan benda yang dia idamkan selama ini. Dialah tulang belakang di setiap kejayaan saya. Terima kasih sayang untuk segalanya,” katanya.

Sekadar info, Aeril dan Wawa berkahwin pada 31 January 2015. Pasangan tersebut dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, Aya Soffya dan Muhammad Fahri.

Berikut reaksi netizan

“Kejayaan anak Melayu dalam perniagaan berbentuk global. Itu rezeki mereka atas usaha dan keberanian mereka. Jika kita B40 tidak semesti kita tidak dapat mencapai taraf T20. Rezeki tidak datang tanpa usaha.”

“Tahniah lah dgn rezeki yg telah dikurniakan. Dgn tersiarnya berita ini moga2 Penyimpan Mohor Besar akan mengisytiharkan esok 2/5/22 adalah Hari Raya…dan adik yg tertidur jual kerepek moga2 jualannya pun laris dan habis..”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "CEO TikTok’, Aeril Zafrel dapat Lamborghini daripada isteri. Netizan korek harga kereta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*