Kalimah Allah Muncul Di Langit. Wanita Ini Ceritakan Apa Yang Dia Nampak

 

SUNGAI PETANI: “Saya berasa sebak dan bersyukur kerana dapat melihat kebesaran Allah di malam 27 Ramadan ini.

Demikian kata Nur Zahirah Ulfah, 30 yang berpeluang melihat dan merakam awan berbentuk kalimah Allah di langit sekitar pukul 11.30 malam tadi.

Rakaman video tersebut kemudiannya telah di muat naik di laman Facebook (FB) miliknya dan telah ditonton oleh kira-kira 7,000 pengguna FB yang lain.

Nur Zahirah yang menetap di Jitra berkata ketika kejadian dia sedang berbual bersama suaminya, Muhammad Faiz Ismail, 32, dan seorang jiran Nur Fatin Ibrahim, 33

di luar rumah ibunya, di Taman Bandar Baru, di sini.

Katanya, ketika kejadian cuaca terasa dingin dan kelihatan kerlipan cahaya seperti kilat di langit namun tiada sebarang bunyi guruh.

“Kerlipan cahaya di langit selama hampir sejam tanpa bunyi itu menyebabkan saya dan suami tergerak hati untuk merakam cahaya itu kerana kami belum pernah melihat situasi seperti itu,”katanya.

Katanya, ketika rakaman itu dibuat, mereka perasan terdapat awan berbentuk kalimah Allah akan kelihatan sebaik sahaja cahaya tersebut terpancar di langit

“Lidah saya terkelu seketika sebaik sahaja melihat kalimah Allah terpancar bersama cahaya tersebut.

“Kalimah Allah itu hanya kelihatan dalam tempoh 10 saat sahaja sebelum ianya hilang.

“Saya anggap itu sebagai rezeki dari Allah SWT untuk saya melihat kebesaran-Nya,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di ruangan komen video tersebut, pengguna FB rata-rata meninggalkan komen dapat melihat kalimah Allah dengan jelas.

Subhanallah..

Ramai yang kata kelihatan kalimah Allah pada awan ketika petir dan kilat semalam.

Berikut adalah antara bacaan ketika mendengar guruh atau kilat

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَمِعَ الرَّعْدَ وَالصَّوَاعِقَ قَالَ: اللَّهُمَّ لَا تَقْتُلْنَا بِصَعْقِكَ، وَلَا تُهْلِكْنَا بِعَذَابِكَ، وَعَافِنَا قَبْلَ ذَلِكَ

“Apabila Rasulullah SAW mendengar guruh atau kilat, Baginda akan berkata: “Ya Allah! Janganlah Engkau membunuh kami dengan kemarahanmu dan janganlah Engkau binasakan kami dengan azab-Mu serta ampunilah kami sebelum daripada itu.” [Riwayat al-Tirmizi]

Daripada Abdullah bin Zubair RA, beliau meninggalkan percakapan apabila mendengar petir dengan berkata:

سُبْحَانَ الَّذِي {يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ} ثُمَّ يَقُولُ: إِنَّ هَذَا لَوَعِيدٌ شَدِيدٌ لِأَهْلِ الْأَرْضِ

“Maha suci Allah yang Dialah juga yang disucikan oleh guruh dan para malaikat dengan bertasbih memuji-Nya kerana takut kepada-Nya.” Kemudian beliau berkata lagi: “Sesungguhnya ini adalah peringatan yang keras untuk penduduk bumi.”

[Riwayat al Bukhari]

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Kalimah Allah Muncul Di Langit. Wanita Ini Ceritakan Apa Yang Dia Nampak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*