Tokti Menangis Depan Kaabah, Rindu Dilayan Macam Orang Biasa

 

Macam yang semua tahu, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza kini berada di tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah. Tokti juga ada berkongsikan gambar dan videonya semasa berada di sana dalam menghabiskan hari-hari terakhir bulan Ramadan ini.

Baru-baru ini pula, video Tokti yang dilihat menangis di hadapan Kaabah mencuri tumpuan ramai di mana penyanyi itu kelihatan sayu dan sedih. Malah rata-rata peminatnya juga turut sama berasa sebak melihat reaksi Tokti yang dikongsikan ini.

@kick_kapoor8989 🥹🥹🥲😭 #fypシ #fyp #viral #sitinurhaliza @toktitiktok ♬ Selawat – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Di dalam video yang dikongsikan ini, Tokti memberitahu dia merasa seronok apabila dirinya dilayan seperti orang biasa sahaja sepanjang berada di sana. Lumrah menjadi orang terkenal, pastinya ia satu situasi yang sangat jarang dirasai oleh Tokti sendiri.

Lebih menyentuh hati lagi, dia kemudiannya menangis dan mengelap air matanya semasa meluahkan perasaannya itu. Tidak cukup dengan itu, penyanyi itu juga turut kelihatan sayu sekaligus membuatkan ramai berasa sebak melihatnya.

penyanyi

Tokti juga sempat memberitahu suasana seperti itulah yang paling dirinduinya selama ini di mana orang lain hanya memandangnya seperti orang biasa sahaja. Berbeza dengan situasi yang selalu dilaluinya setiap hari sepanjang kariernya itu.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama berasa sebak melihat reaksi Tokti ini. Malah ada yang turut memahami perasaan penyanyi nombor satu negara itu yang mula terkenal sejak muda lagi.

“Kita nak jadi macam tokti. Rupanya tokti rindu nak jadi orang biasa macam kami…”

tokti

“Lepas SPM Tokti tak pernah rasa hidup seperti orang biasa…”

siti nurhaliza

“Betul menjadi orang biasa itu sangat nikmat tenang indah dan damai.”

komen

“Sefemes-femesnya seorang siti ternyata ada yang lama dia tak rasa…”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Tokti Menangis Depan Kaabah, Rindu Dilayan Macam Orang Biasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*