Jual Kerepek Sampai Terlelap, Netizen Seb4k Lihat Ketekunan Seorang Kanak-Kanak Berjualan Demi Mencari Rezeki

 

P1lu hati melihat rakaman pengguna TikTok yang memperlihatkan seorang kanak-kanak lelaki yang tertidur ketika berjualan kerepek di kawasan luar sebuah kafe popular di Limbongan, Melaka.

Menerusi rakaman tersebut, peniaga cilik itu dilihat menongkat dagunya dengan bakul berisi kerepek sambil duduk di tepi longkang kecil menghadap barisan kereta yang sibuk beratur memesan minuman secara pandu lalu.

Dalam rakaman yang sama, kelihatan seorang individu yang turun daripada kereta dan menghulurkan sejumlah wang kepada kanak-kanak itu sambil mengejutkan dari tidur.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang melahirkan rasa sedih dan syahdu memandangkan kanak-kanak yang seusia itu terp4ksa melawan norma realiti dan terp4ksa berjualan mungkin untuk membantu menambah pendapatan keluarga.

Video:

@danielalii

semoga Allah sentiasa lindungi ko dikšŸ¤²šŸ»ā˜ŗļø

ā™¬ Aku Bidadari Syurgamu – AmirullahMz

Dalam perkembangan terkini, pemilik akaun TikTok berkenaan berjaya mengumpulkan sedikit bantuan daripada netizen berjumlah RM1,055.

ā€œAssalammualaikum, saya tutup dulu ya untuk sumbangan Adik Kerepek. Ini jumlah terkumpul dari kalian yang menyumbang. Semoga dimurahkan rezeki selalu. Doakan saya semoga dipermudahkan untuk mencari adik tu,ā€ tulisnya.

Komen netizen:

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Ā 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :Ā Ā https://www.sinarviral.kini.blog/

 

Be the first to comment on "Jual Kerepek Sampai Terlelap, Netizen Seb4k Lihat Ketekunan Seorang Kanak-Kanak Berjualan Demi Mencari Rezeki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*