“Hin4 ke jadi miskin?”Dakwa Lagu Sesuci Lebaran T0ksik, TikToker Disekolahkan Netizen

 

Kecoh di laman sosial apabila seorang TikToker menyatakan pandangan bahawa lirik lagu Sesuci Lebaran, dendangan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai toksik.

Menerusi video yang dikongsikan, TikToker berkenaan berkongsi bahagian di mana Siti menyanyikan bait lirik: ‘Bantulah miskin, hlna’.

TikToker itu kemudian menulis: “Hlna ke jadi miskin?”

Menerusi ruangan komen di TikTok, ramai yang memberikan respons bertentangan dengan pandangan TikToker berkenaan.

“Tak payah nak buat confuse sangat bang… Pencipta lirik dan lagu ni dah kaji. Lagu ni bukan lagu buat 2,3 hari.”

“Tapi kalau tengok Kamus Dewan, hlna boleh jadi banyak maksud. Mngkin merujuk kepada kedudukan atau pangkat.”

“Orang yang miskin, orang yang terhlna dua benda berbeza.”

Sementara itu, isu berkenaan dengan lirik lagu Sesuci Lebaran itu turut hangat dibualkan menerusi laman Twitter.

“Diri sendiri yang toksik! Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, hlna membawa maksud rendah tarafnya (kedudukan, pangkat), hlna juga membawa maksud keji (perbuatan,kelakuan), kurang sopan.

“Jadi miskin hlna membawa maksud tidak berharta benda dan rendah taraf kedudukannya,” tulis seorang pengguna Twitter.

Ada juga yang berpendapat yang TikToker berkenaan mahu mencari perhatian.

“Kesiannya! Nak attention tapi cara yang salah. Dah 24 tahun lagu Sesuci Lebaran, tak pernah lagi orang komen liriknya toksik. Tulah, bak kata pepatah… malu bertanya sesat jalan. If tak nak tanya orang, boleh je Google cari maksudnya. Now kan dah malu. Dah-dah, jangan ganggu Siti Nurhaliza kami!”

“Tengok rupa dah tua, bukan budak lagi. Maksudnya bukan first time lah dia dengar lagu Sesuci Lebaran ni. So kenapa dari kecil dia tak acah-acah pertikai lirik ni? Kenapa baru sekarang nak pertikai? Nampak sangat bodoh-bodoh orangnya.”

Untuk rekod, lagu Sesuci Lebaran dicipta oleh Pak Ngah dan lirik oleh Hairul Anuar Harun.

kredit: astro gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "“Hin4 ke jadi miskin?”Dakwa Lagu Sesuci Lebaran T0ksik, TikToker Disekolahkan Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*