“I Belum Habis Ckp, Mcm Mana Boleh Sold Out?”- Terkejut Fazura, Satu Minit Jer Semua Tudung Terjual?

Pelakon jelita Fazura tidak menyangka jualan produk tudungnya laris dalam hanya tempoh kurang satu minit.

Malah, reaksi Fazura yang seakan tidak percaya itu mula tular di platform TikTok.

Apa yang menariknya, jualan produk itu habis terjual ketika aktres cantik itu baru saja melakukan siaran langsung di platform berkenaan.

“Sold out? Nanti diorang kata i tipu, ampun minta ampun.

“I belum habis cakap lagi macam mana boleh sold out?

“1 minit sold out, lepas tu Istiqomah sold out, i belum habis cakap macam mana boleh sold out,” katanya.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat wajah Fazura yang seakan tergamam melihat barang jualannya laris dalam tempoh yang singkat.

Dalam pada itu, menerusi ruang komen, ramai yang menyamakan fenomena tudung Fazura dengan Sambal Nyet daripada Khairul Aming.

Ini kerana, kedua-duanya mampu membuatkan jualan mereka ‘sold out’ dalam hanya beberapa minit.

Malah, ramai juga yang merungut apabila sehingga kini masih belum berkesempatan untuk menyarung tudung milik pelakon hebat itu.

Tudung Fazura Jadi Rebutan, Berkualiti Dan Harga Berpatutan

Seperti biasa pelakon popular, Fazura sering menjadi tumpuan dilaman media sosial miliknya dan selepas dia mengumumkan pelancaran tudung jenamanya sendiri mengundang ramai peminat sangat teruja sejak April lalu.

Biarpun begitu, koleksi terbaru tudung Fazura ini sekali lagi menjadi bualan h4ngat peminat dimana dia baru-baru ini mengeluarkan koleksi yang cukup menarik.

Sehingga disaat menjengah ke ruangan komen di salah satu posting Fazura kelihatannya ramai tidak berpeluang mendapatkannya kerana sangat cepat sold out.

Penangan tudung pelakon jelita ini membuatkan netizen memberikan pujian bukan sekadar corak dan rekaannya yang lawa dan memikat hati ramai.

Malah ia disebabkan juga harga yang ditawarkan untuk setiap rekaannya itu dikatakan murah dan berpatutan meskipun kualitinya sangat memuaskan hati mereka.

Dalam pada masa yang sama, netizen mengakui dengan cepat membeli koleksi terbaru tudung daripada isteri pelakon popular Fattah Amin ini.

Fazura bagaimanapun dilihat dalam video rakaman 50 minit itu bukan sekadar menjelaskan mengenai koleksi terbaru itu kepada umum malah turut menunjukkan beberapa cara pemakaiannya yang turut menarik perhatian mereka.

Wow Laku Keras! Tudung Fazura Sold Out Dalam Tempoh 4 Jam – “Tup Tup Dah Habis, Orang Lain Pun Nak Pakai Raya Juga”

Pukul 3 lancar, pukul 7 sudah licin! Rezeki berpihak kepada pelakon jelita Nur Fazura yang mampu menghela nafas lega apabila tudung rekaannya terjual habis dalam tempoh empat jam sahaja.

Menerusi kemaskini akaun rasmi Instagram Fazbulous (@fazbulouscom), tudung square scarves yang diberi nama Jauharah itu mendapat sambutan luar biasa selepas dilancarkan pada Rabu.

“Darlings, our Jauharah Square Scarves are sold out!! Thank you so much everyone for your tremendous support today. We hope you love your purchases.

“InsyaAllah we will be working on the restock in a week’s time. We apologise for any inconvenience caused,” tulis pengendali akaun itu.

Ekoran daripada kehabisan stok, ramai yang cemburu apabila tidak berjaya mendapatkan tudung keluaran pelakon pujaan ramai itu.

“Tadi buka web jammed,” kata seorang pengguna.

“Siapa beli banyak-banyak? Beli satu dah la. Orang lain pun nak beli juga pakai raya,” tambah individu lain.

“Eh baru nak tengok, habis dah? Kome ni idokke kojer?” soal pengguna lain hampa.

“Adoi, dah lah buka web dia jem. Tup-tup dah habis. Nak pakai raya pun tak sempat ni,” sahut individu lain pula.

“Baru 5 minit nak proceed bayar dah sold out.. padahal dah standby before 3 pm. Terus sambar warna lain,” kata pengguna lain pula teruja.

Siri tudung Jauharah Square Scarves itu dihasilkan dari fabrik kapas dan crepe serta direka sendiri Fazura untuk kegunaan harian. Jauharah dilengkapi mutiara pada bahagian bucunya, ironi dengan makna koleksi itu sendiri.

Siri tudung Jauharah dihasilkan dalam lebih 26 seleksi warna dan dijual dengan harga serendah RM25 setiap satu.

Sumber: Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://bigonewzz.com/

 

Be the first to comment on "“I Belum Habis Ckp, Mcm Mana Boleh Sold Out?”- Terkejut Fazura, Satu Minit Jer Semua Tudung Terjual?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*