Harga Tiket Konsert Cecah Sehingga RM1199, Ini Penjelasan Aina Abdul Isu Tiket Mahal

 

PENYANYI Aina Abdul menjelaskan harga tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 Live yang dikatakan terlalu mahal adalah berbaloi dengan persembahan yang bakal dilakukan pada malam tersebut.

Menjanjikan satu persembahan hebat, Aina berkata, dia sudah melakukan persiapan secukupnya bagi memastikan penonton berpuas hati.

“Saya menjanjikan persembahan terbaik. Siapa yang menonton showcase 1.0 sebelum ini pasti tahu saya tidak main-main dalam mengadakan persembahan. Saya berikan 300 peratus.

“Saya memahami situasi peminat yang meluahkan kerisauan, tetapi saya harap semua dapat memahami situasi saya,” ujarnya kepada mStar.

Penyanyi lagu Sumpah ini berkata demikian bagi mengulas kritikan segelintir netizen yang mempertikaikan harga tiket yang dianggap terlalu mahal.

Rata-ratanya mempertikaikan kredibiliti Aina dengan membandingkan harga tiket penyanyi lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Yuna.

“Lagu dah banyak macam Datuk Siti ke sampai letak harga tiket begitu.

Saya memahami situasi peminat yang meluahkan kerisauan, tetapi saya harap semua dapat memahami situasi saya

“Aina Abdul siapa kamu? Tiket Yuna di Istana Budaya lebih murah.

“Teknik vokal yang dimiliki Aina adalah luar biasa, jadi berbaloi untuk harga yang begitu.

“Orang bising-bising pasal tiket Aina Abdul mahal. Dia buat konsert dekat Istana Budaya tanpa sebarang sponsor sudah tentu mahal. Kau tak mampu beli, kau bukan target dia lah,” komen netizen.

Netizen tidak puas hati harga tiket konsert Aina.

Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 Live bakal berlangsung di Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun nanti.

Tiket dijual pada harga antara antara RM109 (102 tempat duduk) hingga RM1199 (21 tempat duduk).

Sementara itu, menurut Aina dia mengambil risiko membelanja wang poket sendiri bagi menjayakan konsert tersebut.

“Sebagai seorang penyanyi yang menguruskan karier seni sendiri, menjadi impian besar saya untuk mengadakan konsert di lokasi berprestij seperti Istana Budaya dan apabila ia menjadi kenyataan, saya tidak menoleh ke belakang.

“Risiko yang sama Aina ambil ketika menggunakan duit poket sendiri untuk menerbitkan Sumpah dan Alhamdulillah, Allah permudahkan,” jelasnya.

Aina Abdul merupakan antara penyanyi yang berjaya menjejakkan kaki ke pentas berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) menerusi pertaruhan single terbaharunya, Sumpah.

Bakat kelahiran program realiti Mentor Legend ini terlebih dahulu meraih pelbagai pencapaian termasuk menjuarai salah sebuah kategori di World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2014 yang berlangsung di Los Angeles.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nurul Aina binti Abdul Ghani. Dikenali dengan nama pentasnya, Aina Abdul.

2. Berusia 26 tahun (2019).

3. Berasal dari Negeri Sembilan.

4. Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri, sebelum melanjutkan pengajian di Universiti UCSI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

5. Bakatnya dikesan menerusi pertandingan realiti nyanyian, Mentor Legend 2014 yang mengangkatnya sebagai naib juara di bawah bimbingan mentor, Ella.

6. Memulakan langkah dalam bidang seni suara menerusi single sulung berjudul Ini Yang Kau Mahu yang diterbitkan pada September 2015. Lain-lain single dipopularkannya seperti Sumpah, Ghost, Reminiscing, Ribut Hati dan Shadow.

7. Selain bergelar penyanyi yang memperjuangkan genre muzik pop, beliau juga bergiat aktif sebagai pelakon, komposer dan penulis lirik.

8. Pernah membintangi drama rantaian Seindah Takdir Cinta yang bersiaran di slot Akasia TV3 pada 2016.

9. Merangkul kemenangan di World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2014 di Los Angeles menerusi kategori Vocalist of The World.

10. Lain-lain pencapaian beliau termasuk pernah menjuarai Golden Voice Of MBPJ 2012, tempat kedua Bintang Idola Berita Harian 2011, bergelar finalis Irama 1 Malaysia RTM 2010, Metro Idol 2010 dan Bintang Remaja RTM.

Fakta Menarik

Bekas pelajar jurusan muzik daripada sebuah kolej swasta.

Namanya antara yang berjaya membolosi Top 5 kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-32 (2019) meskipun tidak membawa pulang trofi kemenangan.

Sumpah, single nyanyian dan ciptaannya yang mengangkat isu tekanan dan kemurungan, merupakan antara lagu yang melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34)

Sehingga kini beliau mempunyai lebih 50 buah lagu dalam simpanan dan bersedia untuk berkongsi dengan mana-mana penyanyi yang berminat mendapatkan khidmatnya sebagai komposer.

Kariernya mendapat sokongan penuh daripada kelab peminat yang dinamakan sebagai ‘Aination’

Laman Instagramnya, @ainaabdul diikuti lebih 112,000 peminat.

kredit: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://limauasamboi.pw/

 

Be the first to comment on "Harga Tiket Konsert Cecah Sehingga RM1199, Ini Penjelasan Aina Abdul Isu Tiket Mahal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*