“Bila Nak Kahwin..Umur Dah Tiga Siri Kan…” -Respon Aishah Bt Ramai Terhibur, Dlm Drama ‘Imamku Okey’

 

Imamku Okey sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Harris Fadzillah, dibintangi oleh Ashraf Muslim, Sharifah Husna dan Hanna Aqeela.

Mengisahkan Adam seorang lelaki yang sempurna dalam segala segi dan mempunyai kerjaya yang bagus di Kuala Lumpur. Umur Adam yang sudah masuk 33 tahun menyebabkan emaknya risau kerana Adam masih lagi bujang dan tidak mempunyai calon isteri. Di kampungnya, Aloya telah lama menaruh hati pada Adam serta merancang untuk masuk meminang Adam. Bagi mengelak perkara tersebut, Adam memperkenalkan Suraya yang merupakan rakan sekerjanya sebagai teman wanitanya kepada ibu bapanya. Lain pula jadinya apabila Adam tidak menyangka yang Suraya sudah lama menyukainya. Emak Adam sudah berkenan dengan Suraya untuk menjadikan menantunya dan merancang ingin memasuk meminang Suraya. Adam makin rimas dengan situasi itu dan terpaksa berterus-terang mengenai hal yang sebenar. Walaupun emaknya dapat menerima perkara tersebut, Adam percaya selagi dia belum berkahwin, emaknya akan terus mencari jodoh untuknya. Hal tersebut makin bertambah buruk, apabila mak Aloya membuta fitnah dan menyebarkan cerita bahawa Adam sebenarnya lelaki songsang pada orang kampung. Adam kemudiannya bertemu dengan Aishah, seorang wanita yang berperwatakan kasar dan tidak percaya dengan perkahwinan.

Sharifah Husna merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Mula dikenali selepas membintangi drama ‘Imaan’ dan beberapa drama popular seperti Raisha 2, Seribu Rindu, Puteri Yang Ditukar dan Suri Katriana. Penglibatan dalam bidang lakonan mendapat tentangan daripada ibu bapanya yang berpendapat bidang seni tiada jaminan masa depan dan mahu beliau menjadi doktor, Sharifah Husna ingin buktikan kepada keluarganya yang beliau mampu berjaya dalam dunia lakonan. Kerjaya hiburan beliau bermula selepas dinobatkan sebagai juara Gadis Punca MyBeuty 2018 anjuran Mingguan Malaysia, akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia dan menewaskan sembilan peserta lain dalam pertandingan akhir. Sharifah Husna memegang watak sebagai Aishah yang mempunyai perwatakan kasar dan tidak percaya dengan perkahwinan.

Lihat klip durasi pendek drama ‘Imamku Okey’:

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Puan Sam:tajuk apa ni…hahaha pepagi keras perut ketawa

@Sheena Adam:selamba jer dia layan kerenah mak cik tu

@Muhammad Yusuf Ahmad:tu makanya sibuk nak membawang kan dah kena hahahahaha

@farahhhhh:ni kalau buat betui², mau orang kg kata gatai, habis makpak kita tadah telinga dengaq

@Saeros65:betul tu kalau orang asyik tanya bila nak kawin. cakap lah tunggu anak ke atau suami dia nak pinang

@…:boleh guna jawapan tu waktu raya nnti

Netizen juga memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan terhibur dengan respon nya apabila disoal ‘bila nak kahwin’, lakonan dari Sharifah Husna dalam drama ini. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 735.4K penonton, 54.1K sukaan dan 1177 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.rotikaya.rimbabara.com/

 

Be the first to comment on "“Bila Nak Kahwin..Umur Dah Tiga Siri Kan…” -Respon Aishah Bt Ramai Terhibur, Dlm Drama ‘Imamku Okey’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*