Baby Shima Dapat Kiriman ‘Burung Puyuh’ Sehari Menjelang Ramadan – “Setakat DM Apa Barang, Meh Jumpa Depan-Depan”

Sehari sebelum memasuki bulan penuh keberkatan Ramadan, penyanyi sensasi Baby Shima menerima kiriman foto bogel seorang lelaki di Instagram.

Berkongsi perkara terbabit di media sosialnya, Shima mendedahkan pengguna lelaki yang mengirimkan foto kemalvan berserta wajahnya itu.

“Sebelum Ramadan. Kalau setakat hantar DM macam ni apa barang. Kalau nak sangat meh jumpa depan-depan.

“Hari tu JB sekarang Ganu (Terengganu) pula. Ada yang kenal ker? Kalau ada yang kenal boleh bagi alamat dia,” tulis Shima berserta tanda pagar #puyuhman #burungpuyuh.

Tindakan berani mati pengguna berkenaan mendapat pelbagai reaksi pengguna di media sosial. Ada yang menempelaknya malah ada yang beranggapan individu berkenaan telah dianiaya.

Sebelum ini, Baby Shima yang popular dengan lagu Pura Pura Bujang itu kerap menerima hantaran imej dan video lucah dari pengguna yang tidak dikenali.

Komen netizen;

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://gempak.com/

Be the first to comment on "Baby Shima Dapat Kiriman ‘Burung Puyuh’ Sehari Menjelang Ramadan – “Setakat DM Apa Barang, Meh Jumpa Depan-Depan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*