Dah Ada Pengganti Tapi Cinta Nora Ariffin Tetap Utuh..” Genap Lima Tahun Pergi, Ini Titipan Doa Buat Arw4h Suami

Hari ini (24 Mac 2022) genap lima tahun suami kepada penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin  yang juga komposer terkenal, Johan Nawawi meninggl dunia akib4t serang4n jantung.

“Genap 5 Tanpamu”

Menerusi hantaran di Instagram, Nora dilihat memuatnaik foto keluarga mereka sewaktu bercuti suatu ketika dahulu berserta kapsyen yang menyentuh hati buat arwah suaminya.

“24/3/2022 Genap 5 tahun tanpamu. Doa kami tidak pernah putus. Kami akan sentiasa menyayangi & merinduimu Pa”-tulis Nora

Tiada Yang Berlaku Tanpa Izin Allah SWT

Di kesempatan itu, Nora turut menitipkan pesanan buat dirinya untuk menerima hakikat bahawa tidak ada yang berlaku tanpa izin Allah SWT.

“Pesanan diri. Satu-satunya cara untuk menghentikan kesakitan dalam hidup kita adalah dengan menerima hakikat bahawa tiada apa yang berlaku tanpa izin Allah Swt. REDHA.”- katanya

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Rakan Artis & Peminat Titip Doa

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan doa buat arwah suami Johan dan  ada diantara mereka yang merasakan masa berlalu begitu pantas sejak komposer itu menghadap Ilahi.

“Alfatihah”-“Alfatihah..Sekejapnya masa berlalu dah 5 tahun. Rasa macam baru je arwah pergi.”“Orang yang baik terhadap keluarga terutama anak isteri sendiri selalu Allah Taala sayang. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman” komen mereka

Sekadar info, Allahyarhm Johan telah meninggl dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat ser4ngan jantung.

Selepas empat tahun menjadi ibu tunggal, Nora telah selamat bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli yang juga sahabat Allahyarhm Johan sejak kecil.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber:Murai.my

 

Be the first to comment on "Dah Ada Pengganti Tapi Cinta Nora Ariffin Tetap Utuh..” Genap Lima Tahun Pergi, Ini Titipan Doa Buat Arw4h Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*