“Bukan saya.. saya Siti Khadijah..” -Instagram Wanita Ini Diserbu Netizen Gara-Gara Wajah Seiras Siti Hariesa

 

Sejak awal lagi sudah ramai yang memperkatakan tentang wajah seiras pelakon Siti Khadijah Halim dan Siti Hariesa.

Mungkin disebabkan itu, laman sosial Instagram (IG) Siti Khadijah turut diserbu warganet yang menyangka dia pelakon babak panas sebuah drama yang tular baru-baru ini.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh 𝖘𝖎𝖙𝖎 𝖐𝖍𝖆𝖉𝖎𝖏𝖆𝖍 𝖍𝖆𝖑𝖎𝖒 🇲🇾 (@sitikhadijahhalim)

Menjengah di ruangan komen IG pelakon berkenaan, ada pengikut yang menegur Siti Khadijah kerana berani melakonkan babak daring.

Ada juga yang bertanya kepada pelakon The Maid itu adakah dia pelakon wanita yang sedang tular dan hangat diperkatakan netizen.

Tidak melenting dengan ‘teguran’ dan pertanyaan netizen, Siti Khadijah tenang menjelaskan bahawa dia bukan pelakon wanita tersebut.

“Oh bukan saya. Saya Siti Khadijah,” tulisnya menjawab soalan seorang pengikut di IG.

Komen lain yang ditinggalkan pengikut ialah, mengenai wajah seiras Siti Khadijah dan Siti Hariesa dan pangkal nama yang mempunyai persamaan.

“Itu lah, time tengok tu tak mungkin sis, sebab nama nak sama lepas tu muka ada iras sikit…Nasib baik bukan.”

“Nasib baik bukan dia…Sebab nama Siti juga! Hahaha.”

“Tu la, ingatkan dia juga sebab muka ada iras-iras…Nasib baik bukan.”

“Kan…Macam sama wehhh!”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "“Bukan saya.. saya Siti Khadijah..” -Instagram Wanita Ini Diserbu Netizen Gara-Gara Wajah Seiras Siti Hariesa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*