“Babak Panas Zul Ariffin Mungkin Tak Ditayang Di TV, Hanya Untuk Publisiti” – Pengarah

 

Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial apabila pelakon Zul Ariffin memuat naik video sedutan babak panas bersama pelakon, Siti Hariesa di Instagram miliknya.

Video tersebut ternyata mengejutkan ramai sehingga mengundang kecaman teruk. Bagaimanapun, video tersebut telah pun dipadam oleh Zul.

Memetik laporan mStar Online, pengarah drama Perempuan itu iaitu Ain Sharif tampil menjelaskan bahawa adegan itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen.

“Ya! Saya yang mengarahkan babak itu… adegan yang Zul kongsi itu adalah scene director cut yang mungkin tidak akan ditayangkan di televisyen.

“Apa yang netizen tonton itu rakaman second version jika sesuai untuk digunakan dan sekadar untuk tujuan publisiti,” katanya.

Menurutnya lagi, dia tidak tahu Zul akan berkongsikan babak tersebut di media sosial dan terkejut apabila video itu tular. Bagaimanapun, sebagai pengarah dia mengambil tanggungjawab di atas video tular itu.

“Saya tak tahu pula Zul akan berkongsi babak itu di Instagram. Saya pun terkejut bila dapat tahu orang bercakap tentang hal ini tapi benda pun dah jadi, sebagai pengarah saya kena ambil tanggungjawab ini.”

“Sebenarnya adegan intim begitu tak sampai 10 peratus pun dalam drama ini. Babak berkenaan dihasilkan untuk menggambarkan karakter Sera iaitu lakonan Siti Hariesa sebagai isteri kedua Emir (Zul Ariffin),” katanya.

Dalam pada itu, Ain berkata dia hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai pengarah untuk pastikan mesej serta jalan cerita sampai kepada penonton. Malah, Ain memberitahu mereka sudah berbincang terlebih dahulu dengan pelakon untuk melakonkan babak seperti itu.

“Sebelum penggambaran pun kita dah berbincang dengan pelakon dan mereka okay untuk lakonkan babak begitu.  Kita buat rakaman second version itu bertujuan untuk menjadikan drama lebih menarik tapi semuanya terpulanglah kepada stesen nak pakai atau tidak.

“Saya hanya jalankan tugas sebagai pengarah dan berharap mesej cerita ini sampai kepada penonton sebab apa yang ditonjolkan dalam drama itu memang berlaku di sekeliling kita,” katanya.

Sementara itu, Ain menegaskan pengarah Erma Fatima tiada kaitan dengan babak dalam drama berkenaan kerana Erma hanya penulis skrip. Ujarnya lagi, ketika penggambaran Erma banyak kali berpesan supaya tidak membuat aksi daring.

“Ingin saya jelaskan, babak dalam drama ini tak ada kaitan dengan mama (panggilan untuk Erma). Dia penulis skrip dan saya menvisualkan karakter mengikut penulisannya… semasa penggambaran pun Kak Erma berulang kali pesan jangan buat (aksi) daring sangat nanti tak boleh keluar televisyen.”

“Dia tahu akan ada babak mereka bersama tapi tak jangkalah saya akan terjemahkan dalam bentuk begitu. Jadi tak wajarlah netizen kecam Kak Erma kerana babak itu adalah arahan saya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.rotikaya.com/

 

Be the first to comment on "“Babak Panas Zul Ariffin Mungkin Tak Ditayang Di TV, Hanya Untuk Publisiti” – Pengarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*