“Kita Sama!” – Aksi Zarina Anjoulie Duduk Atas Lantai Di Pasaraya Buat Netizen Terhibur

 

Tular di media sosial milik selebriti dan usahawan, Zarina Anjoulie atau lebih mesra di sapa sebagai Anju ini muatnaik video rakamannya membeli belah di sebuah pasaraya.

Baca Bahan Kandungan Dalam Tin

Apa yang menarik perhatian ramai adalah, Zarina kelihatan khusuk membaca bahan kandungan dalam tin sambil duduk di atas lantai di dalam sebuah pasaraya.

Dalam penulisannya, Zarina menjelaskan dia terpaksa duduk untuk memeriksa satu persatu bahan kandungan yang terdapat di dalam tin tersebut. Apatah lagi selebriti ini juga mendapati makanan dalam tin mengandungi banyak gula dan bahan yang tidak sepatutnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

“Banyak sangat!!!! Saya kena duduk dan baca satu-satu bahan dalam tin ni. Masalah dengan makanan dalam tin ni semua banyak gula! Banyak bahan merepek jadi kena baca satu-satu” tulisnya

Netizen Akui Lakukan Hal Yang Sama

Melihat aksi Zarina ketika membeli barang di pasaraya itu mendapat banyak reaksi dan komen dari warganet, rata-rata mereka berkongsi pengalaman pernah melakukan aksi yang sama apabila membeli barang makanan.

Foto – Instagram @anjoulielavocah1

“Kakak saya pun macam ni. Satu-satu bahan dia baca. Berjam-jam kalau dia pilih barang.. Saya sempat pergi makan, lepak dulu pergi basuh kereta.. Dia tak siap lagi..”

“Saya pun macam ni Anju..”

“Jangan risau. Kita sama!”

“Sangat mak mak dan comel” komen mereka

Ada yang suka memeriksa bahan makanan juga?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : muraimy

 

Be the first to comment on "“Kita Sama!” – Aksi Zarina Anjoulie Duduk Atas Lantai Di Pasaraya Buat Netizen Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*