“Kaklong tak ada ej3k 0KU. Kaklong tahu satu Malaysia bencl Kaklong. Jadi setiap apa yang Kaklong buat, semuanya nampak salah.

Wanita yang tular dengan panggilan Kak Long 7E, Wan Noor Baizura tampil menjelaskan sekeras-kerasnya tidak berniat untuk mengej3k orang kurang upaya (0KU) ketika sesi siaran langsung Facebook baru-baru ini.

Jelasnya menerusi hantaran terbaharu di Facebook, dia akui setiap tindakannya ketika ini sentiasa diperhatikan masyarakat dan membuka ruang untuk mencari kesilapan.

“Kaklong tak ada ej3k 0KU. Kaklong tahu satu Malaysia bencl Kaklong. Jadi setiap apa yang Kaklong buat, semuanya nampak salah.

“Kaklong faham, setiap apa yang Kaklong tulis, akan menjadi perhatian orang.

“Live Kaklong orang masuk, orang kecam, orang tunggu kita silap kat mana, orang akan kecam. Orang akan manipulasi supaya Kaklong nampak salah selamanya,” tulisnya.

Malah, kata Kak Long, dia memahami situasi dan kepayahan yang dilalui oleh 0KU setiap hari.

“Kaklong tiada niat lukakan hati 0KU. Kaklong faham kesusahan hidup sebagai 0KU, yang banyak bersabar, dalam meniti usia.

“Ujian orang 0KU pada diri mereka dan famili mereka cukup besar.

“Kaklong doakan semoga hidup mereka dipermudahkan,” tambahnya.

Justeru, disebabkan kecaman bertubi-tubi yang diterimanya sejak beberapa minggu lalu, Kak Long nekad untuk mengurangkan aktiviti di media sosial selepas ini.

video

“Kaklong plan untuk kurangkan aktiviti di media sosial ni. Terlalu ramai orang negatif. Terlalu ramai tunggu masa nak hentam kaklong.

“Kaklong nak berehat seketika. Korang, Kaklong doakan semoga sihat- sihat selalu. Lupakanlah Kaklong. Kita bukan siapa- siapa,” coretnya.

Kisah Kak Long yang turut mengusahakan perniagaan kosmetik di Dungun, Terengganu itu mula menjadi sorotan apabila video perbalahannya bersama juruwang di sebuah kedai serbaneka tular.

Tidak cukup dengan itu, kehadiran Kak Long di sebuah stesen televisyen untuk program berbentuk Islamik dikecam teruk oleh netizen.

Belum cukup 24 jam, Kak Long sekali lagi menjadi mangsa peluru netizen apabila dipercayai seakan-akan cuba mengej3k netizen dengan perbuatan seperti 0KU ketika sesi siaran langsung Facebook.

Sumber: FB Wan Noor Baizura

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://gempak.com/

Be the first to comment on "“Kaklong tak ada ej3k 0KU. Kaklong tahu satu Malaysia bencl Kaklong. Jadi setiap apa yang Kaklong buat, semuanya nampak salah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*