‘Nafas Tercungap Cungap’ – Elfira Loy Perasan Dah Tak Larat

 

Pelakon dan usahawan, Elfira Loy yang kini sedang sarat berbadan dua mendedahkan dirinya tidak larat untuk mengemas rumah di Insta-stories nya semalam.

Nafas Cepat Tercungap Bila Buat Kerja

Menerusi perkongsian Elfira di Instagram nya pelakon ini mendapati apabila melakukan sebarang pekerjaan, pernafasannya mula terganggu lalu menyebabkan dirinya tercungap dan memerlukan rehat yang lama untuk kembalikan pernafasannya kepada normal.

Foto – Instagram @elfiraloy“Saya nak kemas rumah sebenarnya.

Tapi saya perasan sekarang dah tak larat (bukan badan tak larat)

Tapi nafas tercungap-cungap.

Buat kerja sikit je kena rehat tu lama nak kasi nafas tu kembali kepada normal” dedahnya

Mula Rasa Loya

Pelakon ini juga mengatakan dirinya kini mula mengalami rasa loya dengan kerap, walaupun sudah berada di fasa ketiga trimester kehamilannya. Dalam pada itu, Elfira juga meluahkan rasa tertekan kerana belum siap mengemas barang keperluan untuk bersalin.“Lepas tu sekarang ada rasa nak muntah. Awal-awal tak loya, dah trimester ketiga barulah nak muntah-muntah.

Saya fikir sebab bayi dah banyak bergerak. Perut pun dah besar. Jadi nak pengsan.

Pastu ‘packing’ lah, ‘makeover’ lah semua tak siap lagi!! Tulah saya nak buat awal-awal, orang kata terlalu awal ‘chill’ lah. Hah sekarang, saya nak suruh orang tu kemaskan semua untuk saya.

Stress” luahnya

Terdahulu, Elfira melakukan ujian pengesahan di sebuah pusat perubatan bagi mengesan dengan terperinci jantina anak keduanya dan dijangka pelakon ini bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://murai.my/

 

Be the first to comment on "‘Nafas Tercungap Cungap’ – Elfira Loy Perasan Dah Tak Larat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*