Midnight Kembali Ke Pangkuan Keluarga..” Rosyam Nor Bagitahu Keadaan Kucing Selepas 2 Minggu Menghilang

 

Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menguar-uarkan berita tentang kehilangan kucing kesayangannya, Midnight.

Rosyam menerusi hantaran terkini di laman sosial Instagram (IG) berkata, Midnight telah ditemui dan tinggal bersama Datin Dr Rozana sejak dua minggu lalu.“Saya happy sangat, tiap-tiap hari balik teringat dia.

Nasib baik jumpa balik. Midnight dah kurus,” katanya sambil membelai manja Midnight.

Rosyam berkata, Datin Rozana telah menjaga Midnight selama hampir dua minggu dan memberi makan dan minum kepada kucing kesayangannya.

Malah, mereka turut mencari Rosyam dengan meminta nombor telefon daripada FINAS.

“Terima kasih saudara Wann kerana bersusah payah mencari nombor saya melalui Finas.

“Terima kasih Datin Dr Rozana kerana sudi menjaga dan memberi makan pada Midnight. Kepada media yang telah menularkan berita tentang kehilangan Midnight juga, terima kasih banyak-banyak.

“Yang mendoakan Midnight juga, syukur Alhamdulillah,” luah Rosyam.

Rosyam sebelum ini berkongsi mengenai kehilangan kucingnya menerusi Insta Story dan menawarkan ganjaran RM1,000 kepada sesiapa yang menjumpai Midnight.

Menerusi perkongsian itu, Rosyam juga menyenaraikan ciri-ciri kucing perliharaannya yang dilihat kali terakhir di Seksyen 11, Kota Damansara, Selangor.

Terdahulu PELAKON terkenal Datuk Rosyam Nor menawarkan ganjaran sebanyak RM1,000 kepada sesiapa yang menjumpai kucing kesayangannya yang hilang sejak 2 Mac lalu.

Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 55, menerusi Instastory turut memuat naik foto kucingnya yang diberi nama Midnight.

Menerusi perkongsian itu, Rosyam juga menyenaraikan ciri-ciri kucing perliharaannya yang dilihat kali terakhir di Seksyen 11, Kota Damansara.

Jadi, saya harap sesiapa yang jumpa kucing saya, boleh DM saya.

“Kucing hilang. Ganjaran: RM1,000. ‘Midnight’. Kali terakhir dilihat pada 2 Mac 2022 di Seksyen 11, Kota Damansara.

“Jantan, kacukan breed, hitam keperangan, mata hijau, ekor panjang, berisi, tiada kolar, tiada jalur, sangat manja dengan orang,” tulisnya.

Menurut pelakon filem KL Gangster ini, seluruh keluarga berasa kehilangan dan berharap sesiapa yang menjumpai kucing itu akan memulangkannya semula.

Rosyam mengakui dia berasa bimbang sekiranya ada individu yang mengambil kucingnya secara tidak sengaja memandangkan ia mudah mesra dengan orang lain.

Rosyam bimbang individu terambil kucingnya yang mudah manja dengan orang.

“Dah beberapa hari kucing saya namanya Midnight, tak balik-balik. Saya bela kucing ini daripada ibunya dan usia dia dah lebih lima tahun.

“Jadi, saya harap sesiapa yang jumpa kucing saya, boleh DM saya. Sebab saya dah rindu pada dia. Saya cari dia… seluruh keluarga rasa kehilangannya.

“Adik dia ada, tapi dia tak ada. Badan dia besar, manja dengan semua orang. Sesiapa terjumpa, minta tolong beritahu.

“Sesiapa terambil, sebab dia cantik dan besar, minta dipulangkan semula… tolong,” kata Rosyam Nor.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Midnight Kembali Ke Pangkuan Keluarga..” Rosyam Nor Bagitahu Keadaan Kucing Selepas 2 Minggu Menghilang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*