Selepas kekalahan teruk PN di Johor, ini kenyataan Muhyiddin yg mengejutakn ramai

 

KULAI – Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) susulan kekalahan teruk PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, kekalahan PN pada PRN Johor adalah tanggungjawabnya.

“Saya bersedia lepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN, namun ia memerlukan persetujuan daripada rakan-rakan dalam gabungan PN iaitu Bersatu, Pas dan Gerakan, jika mereka kata saya tidak perlu lagi pegang jawatan sebagai Pengerusi PN.

“Itu hak demokrasi pimpinan dan komponen parti. Menang jadi tanggungjawab saya, kalah pun saya bertanggungjawab,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PN di Taman Scientax Utama Senai di sini pada malam Sabtu.

Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu turut memberitahu telah melakukan yang terbaik untuk PN yang pertama kali bertanding pada PRN Johor.

Katanya, walaupun terkilan dengan kekalahan PN, namun mengakui masih menerima sokongan rakyat apabila mendapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Maharani, Bukit Kepong dan Endau.

“Saya telah buat yang terbaik, semua sudah bekerja keras untuk hadapi cabaran pada PRN Johor. Tidak mudah tampil sebagai ‘underdog’.

“Dahulu kami menang atas tiket parti lain, ada perbezaan situasi namun kami menerimanya,” katanya.

Barisan Nasional (BN) mendahului dengan menang dua pertiga daripada keseluruhan 56 kerusi DUN Johor sekali gus bakal membentuk kerajaan negeri.

Perdana menteri Ismail Sabri Yaakob perlu berunding dengan pemimpin tertinggi Perikatan Nasional sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen, kata Muhyiddin Yassin.

Pengerusi PN itu berkata ia berdasarkan persetujuan antara kedua-dua belah pihak sebelum ini serta mengambil kira bilangan ahli parlimen gabungan itu yang lebih ramai daripada ahli parlimen Umno.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Selepas kekalahan teruk PN di Johor, ini kenyataan Muhyiddin yg mengejutakn ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*