Tauke Jambu dan Anju tanya Yusuf Azmi berkenaan kes melibatkan Ebit Lew

 

BAGI meningkatkan kesedaran kepada rakyat mengenai isu penyalahgunaan media sosial, Rentak Sehati Sdn Bhd tampil bekerjasama dengan Cyber Security Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerbitkan program Jari Neraka di platform YouTube.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, susulan kekurangan program didikan seumpama itu dalam media sosial, dia percaya usaha itu dapat mendidik masyarakat terutama golongan muda mengenai kesedaran penggunaan internet yang lebih positif selain memahami bahaya jenayah siber.

“Ini adalah program yang dapat mendidik masyarakat supaya berhati-hati menggunakan media sosial kerana ia menjadi saluran utama pengguna sekarang.

“Kami ucapkan tahniah kepada Rentak Sehati kerana menghasilkan program sebegini yang sekurang-kurangnya dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai penggunaan media sosial,” katanya pada majlis pelancaran program realiti Jari Neraka di Subang Jaya, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi.

Zahidi berkata, dia berharap lebih banyak syarikat produksi tampil dengan program didikan seperti Jari Neraka.

“Kami harap lebih banyak syarikat produksi lain tampil menghasilkan program sebegini dengan kerjasama dari Cyber Security. Inisiatif ini juga diharapkan tidak terhenti di sini.

“Hari ini kita boleh lihat, jika media sosial disalah guna, ia boleh menyebabkan negara kita huru-hara,” katanya.

TAUKE berharap program ini mendapat sambutan dan diterima baik penonton di YouTube.

Dalam pada itu, pencetus dan penerbit Jari Neraka, Tauke Jambu berkata, program yang dikendalikan bersama Zarina Anjoulie itu tercetus selepas dia ditahan gara-gara terpalit fitnah kes pemerdagangan manusia, pertengahan tahun lalu.

“Ketika itu, saya sangat sedih dan hampir alami kemurungan. Jadi, saya banyak pohon petunjuk daripada Allah. Dari situ, terdetiknya ilham menghasilkan Jari Neraka.

“Kita sudah berada pada 2022. Jadi, kalau kita tidak membendung masalah dalam media sosial, risau ia akan menjadi wabak. Sebab kita boleh perhatikan masyarakat sekarang, kalau hendak kecam, mereka tidak kira siapa. Sampaikan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri pun menjadi mangsa kecaman, usah cakap artis saja,” katanya.

Menurut Tauke, dia berharap Jari Neraka dapat mengubah pemikiran masyarakat dan bijak menggunakan media sosial selepas ini.

“Kita mahu masyarakat sentiasa berfikiran positif dalam setiap apa yang kami keluarkan dalam media sosial.

Contohnya, tidak kisah apa pun kami kongsi dalam laman sosial, anda yang melihat fikir dulu sebelum meninggalkan komen.

“Berdosa atau tidak jika anda meninggalkan komen sebegitu? Kadang-kadang kita tak sedar, ia boleh mengguris hati orang dan mengakibatkan perbalahan orang ramai.

“Pendek kata, program ini bertujuan mengajar netizen yang tiada adab. Saya tidaklah tujukan pada semua. Ada juga netizen yang positif,” katanya.

Ditanya kenapa tidak menayangkan program itu di stesen televisyen, Tauke berkata, dia ada cuba mengetengahkan ideanya namun tidak diterima.

“Sebenarnya, saya sudah banyak menghantar idea saya ini. Tapi iyalah, saya kena sedar bahawa saya adalah Tauke Jambu. Tetapi ada juga program yang saya buat, diterima. Tak mengapalah, saya berasakan ada baik saya melakukan program saya sendiri. Saya sudah cuba berbicara dengan stesen TV. Saya faham penerimaan masing-masing. Mungkin stesen TV pun ada bajet tertentu,” katanya Jari Neraka bukan untuk mendapatkan pulangan kewangan semata-mata.

Lima episod sudah siap antara lain memaparkan temu ramah bersama Iqram Dinzly, Zed dan Pencetus Ummah (PU) Amin.

Episod pertama Jari Neraka mula ditayangkan di saluran YouTube Rentak Sehati semalam jam 8.30 malam.

Jari Neraka: Episod 1/1 -TAUKE JAMBU dah mula tunjuk TARING!

Dalam program tersebut, Tauke ada juga meeminta pendapat Yusuf Azmi berhubung komen-komen dari netizan melibatkan saudara Ebit Lew

Yusuf Azmi menerangkan jika dakwaan dari netizan tersebut betul, ia akan menjadi aib, dan jika tidak betul akan menjadi fitn4h. Yusuf Aazmi juga menasihati netizan di luar sana supaya kes melibatkan Ebit Lew di serahkan kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan

kredit: mg

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Tauke Jambu dan Anju tanya Yusuf Azmi berkenaan kes melibatkan Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*