‘Keadaannya 50-50 Sekarang’ – Ali XPDC Kini Ditidurkan, Isteri Minta Bacakan Yasin Dan Mohon Doa Ramai

” Minta semua peminat dan sahabat untuk doakan..”

Itu permintaan Sharifah Syarzana, isteri kepada penyanyi rock terkenal, Ali XPDC yang dimasukkan ke Hspital Ampang sejak seminggu lalu.

Berkongsi keadaan kesihatan suaminya, Sharifah berkata keadaan penyanyi bersuara lantang itu semakin meros0t dan terpaksa ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas.

Susulan itu, Sharifah Syarzana memohon semua peminat dan rakan-rakan melakukan solat hajat dan bacaan Yasin untuk penyanyi itu.

” Keadaannya 50-50 sekarang. Minta adakan bacaan Yassin. Saya seorang menemaninya di hspital,” katanya kepada HarianMetro.

Ali dikejarkan ke Hspital Ampang pada Jumaat lalu selepas didapati tidak bermaya.

Difahamkan Ali bersama kumpulannya berlatih sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini.

Sementara itu, Facebook kelab peminat XPDC turut memaklumkan keadaan terkini penyanyi itu.

Menurut pengendali laman sosial itu, Ali tidak dijngkiti C0VlD-I9 dan meminta peminat terus mendoakan kesihatan penyanyi itu kembali pulih.

” Assalamualaikum. Perkembangan terkini saudara Ali XPDC setakat jam 7 malam hari ini (Khamis). Ahli keluarga Ali minta semua doakan Ali supaya cepat sembuh.

” Keadaan Ali kalau ikutkan semakin sihat dan mula diajar buat aktiviti ringan dan dah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan sebelah kanan masih lemah.

” Tetapi petang tadi Ali mengalami ses4k nfas dan hspital telah tidurkan sementara buat masa ini.

” Walaupun pernafasan Ali sudah kembali normal tapi dia masih lagi ditidurkan dan dipantau. Apapun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat.

” Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat untuk kesihatan Mohd Ali Ismail dikembalikan dan sihat seperti dulu,” ujarnya.

10 Fakta menarik Ali XPDC

1) Ali dilahirkan pada 23 Oktober 1968 di Klang, Selangor dan merupakan anak bongsu dari tujuh adik-beradik. Memiliki ketinggian 5’9” dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Hamzah, Port Klang, Selangor.

2) Beliau mula menceburkan diri dalam bidang muzik sebagai penyanyi pada tahun 1990 dalam kumpulan Terra Rossa.

3) Bersama kumpulan Terra Rossa, Ali terkenal dengan lagu popular mereka iaitu Bunga Angkasa.

4) Ali dikenali dengan penyanyi yang mempunyai vokal tinggi terutama ketika menyanyikan lagu Bunga Angkasa. Boleh dikatakan Ali masih mampu menyanyikan lagu bernada tinggi meskipun usia sudah hampir 54 tahun.

5) Setelah menghasilkan dua buah album, Ali bergerak sebagai penyanyi solo pada tahun 1995 dengan album solonya.

6) Apabila Mael menarik diri sebagai penyanyi dari kumpulan XPDC pada tahun 1997, Ali telah diambil untuk menggantikan tempatnya.

7) Setelah keluar dari Kumpulan XPDC pada 2005, Ali bersama beberapa orang pemuzik lain telah menubuhkan pula Kumpulan Mpire pada penghujung 2005. Namun kumpulan tersebut tidak dapat bertahan lama disebabkan keadaan pasaran muzik tempatan yang suram.

8) Ali kemudiannya mengumumkan beliau telah berhijrah dan menghasilkan album baru yang lebih bercirikan kerohanian. Album tersebut mendapat kerjasama dari penceramah agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus sebagai penulis lirik.

9) Ali mula berhijrah dan mendalami ilmu agama sekitar tahun 2014. Beliau aktif menyertai program dakwah dan membuat persembahan amal.

10) Mungkin ramai tak tahu Ali berpeluang mempertaruhkan nasib dalam bidang lakonan pada tahun 2003, menerusi telemovie bertajuk Apa Nak Dikata dan Sakinah.

“Ali diam saja tak bercakap” – Izo XPDC

Terdahulu, pemain gitar XPDC, Izo  memaklumkan vokalis mereka, Ali sekali lagi berdepan ujian get1r apabila dikejarkan ke Hspital Ampang (HA) selepas mengalami ser4ngan angin ahmar ringan, 5 Mac lalu.

Izo ketika dihubungi berkata, kjadian berlaku ketika mereka mahu makan selepas selesai berlatih di studio Eddie (pemain bass) di Pandan Indah.

” Kami dalam persiapan Konsert Jualan Hitam 2022 yang bakal berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini.

” Ali nampak sihat seperti tiada apa-apa msaIah semasa latihan. Apabila selesai dan hujan lebat reda, kami bergerak ke restoran berdekatan sekitar jam 9.30 malam.

” Ketika ini keadaan Ali diam sahaja tak bercakap.

” Dia tak sempat makan kerana apabila makanan sampai, keadaannya seperti mamai dan tidak bercakap. Kami tanya pun tiada respons,” katanya kepada HarianMetr0.

Anak Izo iaitu Arif yang turut terbabit dalam XPDC segera menghubungi ambuIans, manakala Izo pula segera menghubungi isteri Ali bagi menjelaskan apa yang berlaku.

” Kebetulan isteri dan anak-anaknya turut serta dan menunggu dalam kereta sekitar situ. Mereka segera datang ke restoran terbabit.

” Sementara Arif pula banyak berkomunikasi dengan doktor dan buat apa yang disuruh sehinggalah ambuIans sampai. Keadaan Ali ketika itu sangat lemah.

” Saya dan penganjur bercadang melawatnya hari ini dan mendapatkan pengesahan doktor berhubung pnyakit sebenar yang dihidapinya,” katanya.

Menurutnya, selepas itu baharulah mereka akan membuat keputusan samada menunda konsert atau digantikan dengan penyanyi lain.

Sumber:hmetr0

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://thebolalive.com/

 

Be the first to comment on "‘Keadaannya 50-50 Sekarang’ – Ali XPDC Kini Ditidurkan, Isteri Minta Bacakan Yasin Dan Mohon Doa Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*