“Umpama Mimpi Jadi Realiti” -Genggam Trofi Vokal Terbaik AJL36, Impian Aina Abdul Tercapai

 

Menjulang trofi Vokal Terbaik menerusi lagu Sepi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang berlangsung baru-baru ini, ia umpama mimpi jadi realiti buat penyanyi Aina Abdul.

Kemenangan itu sekali gus adalah satu pengiktirafan buat penyanyi itu menjasikannya sebagai salah seorang penyanyi tempatan yang memiliki vokal mantap dan berkualiti.

Memetik laporan Media Hiburan, Aina mengakui sudah memasang angan-angan untuk menggenggam trofi tersebut ketika pertama kali bertanding di pentas berprestij itu.

“Sejak kali pertama bertanding di pentas AJL, saya sudah mengimpikan untuk anugerah Vokal Terbaik kerana saya sentiasa ingin meningkatkan vokal nyanyian saya.

“Saya perlu buat lebih baik sebab itulah setiap kali masuk AJL saya belajar melihat karya orang lain.

“Saya ingin hasilkan sesuatu yang berlainan berbanding dengan apa yang pernah saya lakukan sebelum ini. Bukan sekadar ingin membuktikan kepada orang lain tetapi juga saya tampilkan sesuatu yang baharu dalam setiap persembahan,” katanya.  

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh AINA ABDUL (@ainaabdul)

Terdahulu, selain trofi, Aina juga membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM12,000. 

Selain itu, Aina dan Khai menjadi pilihan peminat sebagai Penyanyi Pilihan Popular AJL36.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : CARI

 

Be the first to comment on "“Umpama Mimpi Jadi Realiti” -Genggam Trofi Vokal Terbaik AJL36, Impian Aina Abdul Tercapai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*