“Duduk Kerusi Penonton, Tak Terjerit-Jerit”- Netizen Puji Sikap ‘Humble’ Madammu, Berbanding Penaja AJL Dahulu

SIKAP merendah diri dan tidak terlalu menonjolkan diri membuatkan ramai penonton memuji penaja Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang dikenali sebagai Madammu.

Rata-ratanya membandingkan Madammu dengan usahawan sensasi yang lain seperti Datuk Seri Vida yang dilihat lebih kedepan mencuri perhatian penonton semasa menaja program hiburan sebelum ini.

Menyedari komen yang ditulis netizen di media sosial itu, Madammu atau nama sebenar Eriyca Baiduri Abd Rashid, 32, mengakui malu apabila menerima pujian sedemikian.

“Rasa malu pula bila orang cakap saya humble. Ya saya akui ramai komen membandingkan saya dengan penaja terdahulu tapi biasalah netizen ada sahaja komen mereka, saya terima pujian yang mereka beri itu dengan hati terbuka.

“Bagi saya, masing-masing ada cara tersendiri dalam memasarkan produk mereka tapi untuk saya cukuplah hanya jenama sahaja ke depan, saya ni hanya penaja sahaja dan kita ikut sahaja apa yang sudah diatur penganjur.

“Saya bukan artis atau penyanyi yang bertanding sampai perlu ke depan. Saya penaja jadi hanya duduk dan enjoy the show! Asalkan orang kenal produk saya itu sudah memadai,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Sebelum ini tular rakaman video memperlihatkan Madammu tidak kekok duduk di kerusi penonton dan menolak untuk memberikan ucapan semasa acara berlangsung pada malam Ahad lalu.

Madammu tak kekok duduk di kerusi penonton meskipun sudah disediakan ruangan VIP.

“Saya bukan artis atau penyanyi yang bertanding sampai perlu ke depan. Saya penaja jadi hanya duduk dan enjoy the show! Asalkan orang kenal produk saya itu sudah memadai,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Sebelum ini tular rakaman video memperlihatkan Madammu tidak kekok duduk di kerusi penonton dan menolak untuk memberikan ucapan semasa acara berlangsung pada malam Ahad lalu.

Sementara itu, pengasas produk kecantikan Noir ini berkata dia tidak memerlukan gimik atau ‘drama’ bagi memasarkan jenama jualannya.

“Saya hormat setiap pengasas ada cara mearketing berbeza-beza, tapi ini cara jenama kami. Saya sebagai pengasas kena bawa nama ini mengikut cara kita sendiri.

Madammu enggan dikenali kerana gimik.

“Sebenarnya usahawan lain pun okay sahaja, mereka ada cara sendiri. Kami peniaga ni pun sama macam penyanyi, kena ada kreativiti masing-masing.

“Alhamdulillah, tanpa perlu menjerit-jerit pun orang kenal jenama saya. Inilah niat saya mahu bina jenama, tak mahulah kalau saya mati nanti dengan produk pun mati sekali,” ujarnya.

Pelukan Angkasa diangkat pemenang AJL36.

Menepati ramalan, lagu Pelukan Angkasa nyanyian kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (PWTC) di sini, malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan kumpulan SOG, Raja Nazrin Syah dan Fazleena Hishamuddin selaku penulis lirik membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi bersalut emas.

Naib juara AJL35 menjadi milik lagu Cinta ciptaan Bunga Cantik dan Hang Nadim dan nyanyian Marsha Milan sekali gus membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Tempat ketiga pula menjadi milik lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli ciptaannya bersama Datuk A Aida sekali gus menyaksikan perkongsian hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Penyanyi Aina Abdul menerusi lagu Sepi ciptaan sepenuhnya oleh Aina, dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Lagu Cinta nyanyian Marsha Milan pula diumumkan sebagai Persembahan Terbaik yang menyaksikan Marsha membawa pulang hadiah wang tunai RM18,000 tajaan bersama NOIR Beauty Essence bersama trofi.

Selain itu, Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL yang dibawakan oleh Siri OPPO Reno Seven, Lima G, Pakar Potret dimenangi oleh Aina Abdul dan Khai Bahar yang membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi.

AJL36 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam itu menyaksikan gandingan Alif Satar dan Nabila Huda sebagai pengacara bersama manakala Sissy Iman dan Sean Lee sebagai hos karpet merah.

Mengetengahkan tema Ini Rentak Kita, malam kemuncak AJL35 turut diserikan dengan persembahan pembuka tirai oleh penyanyi Mas Idayu dengan lagu berjudul Bolehlah Boleh, Datuk Jamal Abdillah dengan lagu berjudul Samrah Mentari ,Ayda Jebat menerusi lagu Pencuri Hati dan kumpulan Cassia.

Dayang Nurfaizah juga membuat kemunculan istimewa di pentas AJL36 kali ini dengan membawakan lagu khas Noir yang menjadi penaja utama acara pada malam tadi.

Segmen interlude menyaksikan persembahan yang bertenaga daripada kumpulan rock legenda, Wings menerusi lagu berjudul Taman Rashidah Utama, Hukum Karma, Harapan, Opera Hidup

Edisi ke-35 telah diadili oleh barisan juri Datuk Mozhani Ismail (Ketua Juri), LY, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim, Faizal Tahir dan Datuk Habsah Hassan.

Untuk info, tahun ini menyaksikan penganjuran AJL dengan dihadiri oleh seramai 200 penonton setelah dua tahun diadakan tanpa kemeriahan dan sorakan di dewan.

Penganjuran juga dilakukan dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://printlyrics.net/

 

Be the first to comment on "“Duduk Kerusi Penonton, Tak Terjerit-Jerit”- Netizen Puji Sikap ‘Humble’ Madammu, Berbanding Penaja AJL Dahulu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*