‘Saya Bkn Terdesak Sangat’ – Lama Berdiam Diri, Sekali Kena Sekolah Dgn Pelakon Otai Mat Over

” Mereka patut kena pergi sekolah semula…”

Demikian luahan pelakon dan pelawak, Mat Over, 70, yang kesaI dengan segelintir penerbit yang tidak menghargai orang lama dan berpengalaman sepertinya apabila menawarkan bayaran rendah.

Menurut Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Mat Yasin, perkara ini boleh membunvh bakat pelakon dan industri hiburan sendiri.

” Bab bayaran kena tengok pada penerbit juga. Ada yang nak kita tapi bila kita minta harga dia tak bagi.

” Dia tak pandai nilai harga saya. Itu sebahagian kerenah penerbit yang saya lalui dan mereka patut kena pergi sekolah semula,” katanya kepada Harian Metro.

Cuma cari rezeki halal, bukan nak glamour

Mat Over berkata, paling dikesali penerbit yang berbuat demikian terhadapnya ialah orang lama dan sangat popular dalam bidang ini.

” Dia tak pandai hargai saya, tapi kalau bercakap memang pandai. Dia tak bagi harga yang saya nak, jadi saya tak ambil tawaran berlakon dengan produksinya.

” Saya pun bukanlah ‘demand’ harga yang melampau. Saya cari rezeki halal. Kalau letak harga dua atau tiga kali ganda nilainya, itu rezeki har4m.

” Nilailah saya menerusi pengalaman, keringat dan tenaga saya. Saya cari rezeki halal. Penghujung umur begini saya bukan nak cari ‘glamour’ lagi,” katanya.

Gambar:Mat Over sewaktu zaman muda, gambar kanan bersama Allahyrham Hussein Abu Hassan.

Menurut Mat Over, bukan semua penerbit begitu kerana ada yang sangat menghargai pelakon.

” Saya bukan jenis berd3ndam. Sekiranya penerbit itu panggil berlakon dengan harga yang sesuai, saya akan terima.

” Pada saya pengurus produksi yang sepatutnya mainkan peranan penting. Mereka yang banyak ‘main harga’ pelakon sedangkan mereka patut menilai.

” Saya minta maaf, saya bukan terdesak sangat. Kalau tak pandai menilai harga saya susahlah,” katanya yang kini terbabit dengan drama Scammer 2 terbitan Radius One serta projek drama dengan Sabri Yunus.

“Jangan buat kami macam ‘kentang borong’ – Norlia Ghani juga bersuara

Sementara itu, pelakon veteran berkaliber, Norlia Ghani, 73, cukup meneliti bayaran yang akan diterimanya sebelum membuat keputusan menerima sesuatu tawaran berlakon yang diberikan syarikat produksi.

NorIia yang popular dengan watak Joyah berkata, dia tidak bersikap ‘demand’ dalam soal bayaran, tetapi sekadar memastikan harga diterima itu setimpal dan berbaloi dengan hasil kerja diberikannya nanti.

” Saya akan tolak tawaran yang bayaran dilihat tidak sesuai atau meIampau sangat.

” Walaupun saya tidak ‘demand’ dalam meletakkan bayaran terlalu tinggi, tetapi biarlah ia setimpal dan berbaloi untuk diterima.

” Janganlah buat kami pelakon veteran ini layak mendapat harga macam ‘kentang borong’.

” Dia mungkin ingat, artis veteran jarang dapat tawaran, maka boleh dibayar berapa saja dan mesti terima,” katanya kepada HarianMetro.

Menurut Norlia, dia tetap bertimbang rasa soal bayaran daripada pihak produksi tetapi biarlah apa-apa keputusan yang nak dibuat membabitkan urusan terbabit dibincang dulu.

” Sebagai pelakon, soal bayaran yang diterima kena setimpal dengan hasil kerja dan juga peranan saya di dalam produk itu. Kalau tidak, saya tolak begitu saja.

” Bukan saya seorang saja sering dapat tawaran lakonan yang bayarannya tidak setimpal atau berbaloi untuk pelakon veteran, tapi perkara ini terpulang kepada pelakon juga. Kalau nak terima, ambillah.

” Saya tak mahu jadi artis veteran yang dibuat macam ‘kentang borong’. Seolah-olah kalau kita tak ambil tawaran diberikan itu, kita ini lapar,” katanya.

Kenali Mat Over

Nama Mat Over mula dikenali menerusi sitkom popular “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” yang pernah disiarkan di TV3 arahan Hatta Azad Khan yang berkisar kehidupan penduduk rumah pangsa di Flat Seri Wangi.

Mat Over menambah watak-watak yang mewakili penduduk pantai timur dengan menggunakan Bahasa Melayu Terengganu yang cukup berkesan.

Selain bergelar pelawak, Sulaiman juga seorang penyanyi lagu-lagu tradisional.

Beliau merupakan teman duet kepada Ratu Pop Tradisional Malaysia iaitu Noraniza Idris dan sering bergandingan dalam banyak persembahan kebudayaan.

Sulaiman menjadi pilihan untuk berduet dengan Noraniza setelah kepergian penyanyi veteran Abdullah Chik yang telah kembali ke rahmatullah pada 1995.

Lagu Tanda Kasih adalah lagu duet Sulaiman dan Noraniza yang masih popular hingga kini.

Nama Mat Over kembali menjadi perhatian ntizen apabila vdeo beliau men4mpar David Teo yang sedang bertanya soalan semasa sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Najib Razak pada 17 Mei 2017 tular di media sosial.

Sumber:hmetr0

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://thebolalive.com/

 

Be the first to comment on "‘Saya Bkn Terdesak Sangat’ – Lama Berdiam Diri, Sekali Kena Sekolah Dgn Pelakon Otai Mat Over"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*