“Kesian la anak kecik saya” Kak Long buat luahan di FB tarik perhatian ramai

 

NAMPAKNYA wanita yang tular kerana ‘amuk’ di kedai serbaneka 7-Eleven dan restoran makanan segera KFC terus menjadi tumpuan.

Meskipun telah membuat permohonan maaf ekoran keterlanjurannya sebelum ini, namun tindak-tanduk Wan Nor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long tetap dikecam netizen.

Terbaharu, nama Kak Long sekali lagi menjadi sebutan apabila membuat review makanan seperti ayam yang dimakannya daripada menu sebuah restoran.

Kak Long yang bersiaran secara langsung (live) di Facebook kelihatan teruja dan sedia menerima tawaran untuk melakukan review di laman sosial.

Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu turut gembira apabila bilangan pengikutnya di laman sosial semakin ramai, serta jumlah yang menontonnya secara ‘live’ juga meningkat.

Kak Long bersama seorang anaknya dalam kejadian yang tular.

Keadaan itu membuatkan segelintir netizen mendakwa dia bertindak sedemikian bagi meraih ‘views’ (tontonan) berikutan kejadian di 7-Eleven dan KFC bermula dari perkongsiannya sendiri secara ‘live’ di laman sosial.

Menyedari hakikat dirinya terus menjadi kecaman, Kak Long yang mempunyai lebih 23,000 pengikut di Facebook pada Rabu tampil memberi penjelasan dan sebab dia berbuat demikian.

Menurut peniaga kosmetik dan keropok itu, dia perlu mencari rezeki termasuk dengan melakukan review demi meneruskan kelangsungan hidup bagi menyara keluarganya.

“Saya kena teruskan kehidupan demi mencari rezeki untuk famili kecil kami. Saya berniaga pasar malam menjual kosmetik, kadang-kadang ada sikit, kadang-kadang ada banyak,” tulisnya menerusi satu posting di Facebook miliknya, awal pagi Rabu.

Tangkap layar rakaman ketika Kak Long di KFC turut tular.

Tambah Kak Long, semangatnya untuk mencari rezeki itu juga untuk membina kekuatan ke atas dirinya susulan apa yang telah berlaku.

Sehubungan itu, dia sekali lagi merayu menerusi permohonan maaf agar masyarakat memberikan peluang kedua untuk dirinya menjalani kehidupan seperti biasa.

Tolong netizen, maafkan saya dan bagi saya peluang. Kasihanlah nasib anak-anak kecil saya.

WAN NOR BAIZURA

“Saya tak boleh lemah, nanti saya sakit. Anak-anak perlukan saya.

“Tolong netizen, maafkan saya dan bagi saya peluang. Kasihanlah nasib anak-anak kecil saya,” rayu Kak Long meminta belas ihsan masyarakat.

Luahan Kak Long di Facebook.

Terdahulu, Kak Long mendedahkan dirinya kurang sihat dan mengalami demam serta sakit kepala akibat memikirkan kontroversi yang melanda.

Selain Kak Long, anak sulungnya iaitu Adam, 8, turut mengalami demam dan terkesan akan kes tular tersebut sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

“Apa yang berlaku biarlah jadi pengajaran untuk saya dan juga semua orang di luar sana. Insya-Allah ada rahmat atas apa yang terjadi,” ujarnya yang menyesali tindakannya menyerang staf 7-Eleven.

Selain isu 7-Eleven, Kak Long juga berharap isu dia dengan staf KFC akan reda dan tidak diperkatakan lagi.

“Aku famous Dah sekarang..” – Llve Terbaru KakLong Nampak ‘happy’, Ramai Terhlbur Llhat K0men Netlzen

Kak Long Kosmetik atau nama sebenanya Wan Noor Baizura kini bukan lah sesuatu yang asing lagi buat rakyat Malaysia.

Videonya yang tersebar sebelum ini, buat ramai mengenali Kak Long dengan imej ‘rock’ dan lantang bersuara hingga ada sesetengah individu yang membolkot wanita tersebut.

Terbaru, tular satu video menunjukkan Kak Long yang sedang membuat live di Facebooknya sampai memakan ayam yang dijualnya.

Live terbaru nampak happy, tapi ramai berbulu kata ‘perasan glamour’.

Difahamkan, dalam live tersebut, Kak Long menunjukkan dirinya terlampau gembira hingga menimbulkan rasa kurang senang dalam diri netlzen yang menyifatkan kelakuannya sebelum ini adalah dengan niat untuk ‘views’ sahaja.

Promote ayam, cakap boleh review kalau nak, dm je…

Dalam pada itu, dapat dilihat reaksi Kak Long yang terlampau teruja apabila dia menerima banyak ‘subscriber’ dan ‘viewers’ hingga membuka ruang untuknya melakukan ‘review’ dalam Facebook.

Kak Long juga difahamkan sedang mempromosikan ayam yang sedang dijual kini, agar ramai yang singgah membeli.

“Aku dah famous, to je niat dia sebenarnya…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netlzen merasa tldak senang dengan slkap Kak Long yang disifatkan hanya mengejar popular memandangkan sikapnya sebelum ini yang negatlf dan suka memakl.

Dalam pada itu, ramai yang memberi reaksi bagaikan tak pugs hati dengan segala komen-komen live di Facebook wanita tersebut.

“Salam dari mexico, ismail yaakob..”

“bangganya dia femes sebab perangai..”

Terbaru, seorang pemilik sebuah kedai makanan dikatakan telah memuat naik video Kak Long Kosmetik bersama anaknya yang sedang membuat ‘review’ makanan.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @AyamAcc memaparkan Kak Long Kosmetik bersama anaknya dan juga sedulang makanan di hadapannya di sebuah restoran.

sumber: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "“Kesian la anak kecik saya” Kak Long buat luahan di FB tarik perhatian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*