Dikhianati Kawan Persis Kes Tangmo, Ini Pengakuan Terkini Suspek Pembvnuhan Siti Nur Surya

 

Dua tahun lepas, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kes pembunuhan yang melibatkan seorang gadis iaitu Allahyarhamah Siti Nur Surya yang dijumpai mati dibunuh dalam kejadian samun. Kejadian ngeri itu berlaku di Kampung Lubok Batu, Telemong, Terengganu.

Namun begitu, hasil siasatan mendapati dalang utama bagi kes yang meragut nyawa remaja berusia 19 tahun itu adalah rakan karibnya sendiri.

Kes pembunuhan Siti Nur Surya sama dengan Tangmo?

Takda istilah tak kaya atau lawa…masihkah ingat 2020 kita dikejutkan dengan pemergian Siti Nur Surya?

Namun jangan terlupa, di Malaysia juga pernah berlaku insiden yang serupa membabitkan seorang gadis malang iaitu Allahyarhamah Siti Nur Surya. Hasil siasatan mendapati, dalang utama yang meragut hayat gadis 19 tahun berkenaan adalah rakan karibnya sendiri. Paling menyayat hati, kejadian itu berlaku betul-betul di hadapan Allahyarhamah ibu Siti Nur Surya yang terlantar di atas katil akibat menghidap barah otak.

Namun siapa sangka, kes berkenaan hampir serupa dengan insiden yang melibatkan selebriti terkenal Thailand, Tangmo Nida yang didakwa dikhianati oleh kawan sendiri sehingga sanggup ‘menjual’ Tangmo kepada seorang orang kaya yang berpangkat VVIP tanpa pengetahuan artis tersebut.

Menerusi laporan Sinar Harian, punca suspek yang dikenali sebagai Siti Nur Athirah nekad untuk membunuh mangsa adalah kerana tidak berpuas hati dengan kata mengata dan sindir menyindir sebelum ini.

Menurut Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, pada awalnya suspek datang ke balai polis ditemani ibunya untuk membantu siasatan, namun hasil keterangan remaja terbabit didapati mencurigakan.

Hasil pendedahan, suspek memaklumkan dia pergi ke rumah mangsa kira-kira jam 9 pagi dan bersembang di ruang tamu sebelum berlaku perselisihan faham sehingga tercetusnya pergelutan di antara mereka.

Suspek kemudian mengambil sebilah pisau yang ada di ruang tamu sebelum mencederakan mangsa dalam pergelutan itu.

Dalam pada itu, pihak polis turut memaklumkan bahawa mereka menemui beberapa barangan yang diambil daripada rumah mangsa termasuk peralatan solek dan wang tunai. Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan di bahagian tubuhnya.

Mengaku tak bersalah

Walau bagaimanapun, suspek dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu atas pertuduhan membunuh rakan karibnya pada dua tahun lalu.

Gadis berusia 21 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik sahaja kertas pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani.

Susulan daripada itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika didapati bersalah.

Terdahulu, mayat Siti Nur Surya ditemui mati berlumuran darah di ruang tamu oleh adik bongsunya sewaktu pulang dari sekolah.

Sumber : Kosmo, Sinar Harian, Berita Harian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Dikhianati Kawan Persis Kes Tangmo, Ini Pengakuan Terkini Suspek Pembvnuhan Siti Nur Surya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*