Enggan Ditemu Bual Media & Tak Kisah Bab Duit, Teman Lelaki Tangmo Nida Minta Izin Ibu Nak Ambil Barang Kenangan – ‘Bird Ambil Bantal, Patung & Kucing’

 

Bukan setakat rakyat Thailand yang menunggu perkembangan berita kemat1an Tangmo Nida tetapi boleh dikatakan seluruh dunia bersimpati dengan pengakhiran hidup artis terkenal itu.

Paling sedih meratapi kehilangan insan tersayang adalah teman lelaki iaitu Bird yang baru ingin menikmati kebahagiaan selepas tujuh tahun kejar cinta Tangmo.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Green Man (@stonerbkk)

Sejak Tangmo disahkan mati pada 26 Februari lalu, Bird dilihat memuat naik gambar dan video kekasih tercinta setiap hari di Instagram (IG).

Setiap memori yang dikongsikan itu akan tagged nama IG Tangmo, @melonp.official. Sudah jelas Bird sangat mencintai dan merindui Tangmo biar pun dia tidak berkata.

Difahamkan, sebelum ini Bird jarang berkongsikan det1k manis mereka di platform media sosial kerana dia bukan selebriti.

Mo, saya dah buat macam apa yang awak minta, awak minta saya tag awak tiap kali saya post gambar kita. Sebelum ini, saya tak beran1 tag sebab sedar saya hanya orang biasa dan awak artis. Hari ini saya dah buat seperti yang diminta.

Tak nak duit

Dalam pada itu, menerusi wawancara bersama ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothin mendedahkan Bird tidak mempedulikan soal harta selepas tragedi hiba.

Kata Panida, dengan wajah sedih Bird meminta izin untuk meletak belon di tepi makam kerana Tangmo sukakan belon. Selain itu, Bird juga mengambil bantal pelvk, patung, b1ngkai gambar dan kucing milik Tangmo untuk dijadikan kenangan.

Biarpun sudah seminggu lebih berlalu, Bird masih engg4n untuk keluar di mana-mana rancangan televisyen ataupun ditemu bual oleh wartawan.

Menerusi laporan media tempatan, pihak polis Thailand memaklumkan setakat ini kemat1an tersebut adalah berpunca daripada kemal4ngan sehingga siasatan selesai.

Untuk rekod, may4t Tangmo dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lem4s. May4tnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Sumber: Instagram @stonerbkkFacebook @MorningNewsTV3, TikTok @hannanajj

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

 

Be the first to comment on "Enggan Ditemu Bual Media & Tak Kisah Bab Duit, Teman Lelaki Tangmo Nida Minta Izin Ibu Nak Ambil Barang Kenangan – ‘Bird Ambil Bantal, Patung & Kucing’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*