Gaya Lelaki Tersilap Alas Pinggan Bikin Dekah, “Boleh Join Sepahtu…”

 

Setiap kali datang ke kenduri kahwin, tentunya makanan lauk kenduri adalah antara yang ditunggu-tunggu oleh ramai tetamu. Namun baru-baru ini, berlaku pula satu situasi lucu di kenduri kahwin ini apabila seorang lelaki telah menggunakan alas pinggan dengan gaya yang salah.

Bukan sahaja salah malah ianya turut kelihatan melucukan apabila lelaki itu tidak tahu cara yang betul untuk menggunakannya. Malah rakan-rakan yang lain turut sama berdekah melihat gelagatnya ini yang berfikiran di luar kotak itu.

@saifulizzan99 Alamak silap lah dia ni @haziqhaikal71 #fypシ ♬ bunyi asal – EPUL SAN

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan lelaki itu dan rakan-rakannya yang sedang menjamu selera di kenduri kahwin itu. Di sebalik kemeriahan itu, gelagat salah seorang dari mereka berjaya menarik perhatian rakan-rakan yang lain.

Semuanya gara-gara lelaki itu yang menggunakan alas pinggan dengan gaya yang salah dan tidak sama dengan yang lain. Biasanya pihak katering akan menggunakan alas pinggan seperti itu untuk memudahkan kerja mereka di mana pinggan tidak kotor dengan teruk.

pinggan

Namun lain pula yang dilakukan lelaki itu apabila dia meletakkan alas tersebut di bawah pinggan yang digunakan. Rakan-rakan yang lain juga turut sama berdekah melihat gelagatnya ini dan cuba mengajarnya gaya yang betul.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut terhibur melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang berseloroh mungkin juga lelaki ini sebenarnya salah seorang ahli kumpulan Sepahtu yang sering membuat lawak seperti ini.

“Tak datang rehearsal lah ni.”

lelaki

“Aduu abang ni tuan rumah nak jimat air..”

alas pinggan

“Boleh join sepahtu ganti soib, terbalik je kerja.”

komen

“Melawan hukum kenduri.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Home 1

 

Be the first to comment on "Gaya Lelaki Tersilap Alas Pinggan Bikin Dekah, “Boleh Join Sepahtu…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*