‘Penat Saya Kumpul Duit’ Anak Jamal Abdillah Bengang Ditvduh Tanpa Usul Periksa Dahulu.

Anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah itu nyata kecewa apabila usahanya menjana pendapatan bagi membantu ibunya dan keluarga dilemparkan persepsi bukan-bukan.

Ada yang mendakwa penyanyi lagu Percayaku dan Slowmo itu membuka gerai Ngopi Dulu Yop yang menyajikan menu makanan segera inspirasi dari Korea Selatan dan minuman berasaskan kopi sejak dua bulan lalu menggunakan duit bapanya.

Tidak mampu menyembunyikan perasan marah, Zaki mengakui, dia bengang dengan tuduhan sesetengah pihak tanpa usul periksa dan menuduhnya menggunakan duit bapanya untuk membuka gerai.

“Orang yang kaya dan popular itu ‘baba’ saya. Selama ini, penat saya kumpul duit hasil buat ulasan produk berbayar dalam media sosial, YouTube dan berusaha hingga raih kejuaraan dalam program Famili Duo di TV3, namun, sedap mulut sahaja lempar pelbagai tuduhan.

“Duit itu jugalah saya simpan untuk membuat modal memulakan perniagaan. Malah, ibu saya turut mengeluarkan duit simpanan untuk merealisasikan impian kami membuka gerai,” katanya kepada BH Online.

Katanya, dia berasakan tiada keperluan bagi sesiapa untuk bercakap perkara yang tidak baik.

“Namun, itulah lumrah hidup manusia. Ada sahaja yang tidak puas hati.

“Bukankah lebih baik jika tiada benda baik nak bercakap, diam sahaja atau jangan komen apa-apa yang boleh membuat orang lain terasa hati.

“Saya buka gerai pun ada netizen yang nak mengecam, bukan nak beri sokongan, apatah lagi, membelinya.

 

“Golongan netizen ini tahu nak kecam dan melemparkan fitnah sahaja. Saya nak tanya, salahkah seorang anak nak bantu ibu dan keluarga?

“Saya tahu bagaimana nak bahagikan masa antara pelajaran dan menguruskan perniagaan,” katanya.

Zaki kecewa apabila usaha menjana pendapatan bagi membantu ibu dilemparkan persepsi bukan-bukan, termasuk dituduh menggunakan duit bapanya, Jamal Abdillah.

Zaki kecewa apabila usaha menjana pendapatan bagi membantu ibu dilemparkan persepsi bukan-bukan, termasuk dituduh menggunakan duit bapanya, Jamal Abdillah.

Kata Zaki, idea membuka perniagaan dicetuskan olehnya dan ibu.

Jamal Abdillah

“Ibu sudah tidak berkerja lagi. Saya pula tidak boleh mengharapkan duit undangan persembahan, tambahan lagi, ketika era pandemik ini.

“Jadi, kami kenalah cari pendapatan lain untuk menampung hidup kami sekeluarga. Sewa rumah nak bayar, saya pun masih bersekolah, jadi bukankah semua ini memerlukan perbelanjaan.

“Saya dan ibu merasakan membuka gerai makanan dan minuman salah satu cara untuk menjana pendapatan. Alhamdulillah, setakat ini, sambutan amat baik daripada pelanggan.

“Saya memang turun ke gerai selepas sesi persekolahan setiap hari untuk membantu ibu. Malah, ramai pelanggan berkunjung ke kawasan medan selera ini pada hujung minggu,” katanya yang dibantu oleh tiga pekerja.

Kata Zaki lagi, gerainya itu sudah mempunyai francais di Setapak.

“Saya merancang membuka kafe di Shah Alam berikutan menerima permintaan. Ikutkan, saya mengimpikan gerai ini ada francais di setiap daerah.

“Ini angan-angan saya, jadi, rasanya tak salah ada impian besar. Jika ada rezeki, saya mahu membuka francais di pusat membeli-belah.

“Tetapi, saya nak tengok macam mana sambutan, itu pun jika ada rezeki,” katanya yang baru selesai penggambaran drama episod untuk siaran TV3.

Sumber : https://www.bharian.com.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://apaceritatv.com.my/

 

Be the first to comment on "‘Penat Saya Kumpul Duit’ Anak Jamal Abdillah Bengang Ditvduh Tanpa Usul Periksa Dahulu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*