Shuib Buat Dedikasi Ucapan Sempena 11 Tahun ‘Anniversary’ Dgn Siti Sarah

 

Biarpun sudah enam bulan isteri tercinta pergi menghadap Ilahi, perasaan sayang pelawak Shuib terhadap Allahyarham Siti Sarah Raisuddin masih mekar di hati.

Happy ‘Anniversary’ Ibu

Genap 11 tahun usia mahligai pada 26 Februari, Shuib memuat naik foto album perkahwinan bersama arwah di Instagram (IG) miliknya.

Dengan kapsyen yang menyentuh jiwa, Shuib, 37, mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan serta meluahkan rasa rindu yang tidak ada penghujung. Lagu nyanyian arwah, ‘Tinggalkan Diriku’ menjadi ‘background music’ untuk entri tersebut.

Bukan hanya pemilik nama Shahmira Muhamad yang berasa sedih tetapi rakan artis dan peminat turut merasai perasaan sama. Siti Elizad, Elly Mazlein, Anzalna Nasir, Elvina Mohamad dan Datin Rebecca Nur Al Islam antara yang meninggalkan komen.

Rata-rata warganet menyedekahkan bacaan al-Fatihah dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Ziarah kubur

Selain itu, menerusi Instagram Stories, Shuib ditemani anak-anak menziarahi pusara arwah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, pada pagi Sabtu.

Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.

Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia enam bulan.

Sumber: Instagram @shuibsepahtu

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Shuib Buat Dedikasi Ucapan Sempena 11 Tahun ‘Anniversary’ Dgn Siti Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*