Haidar Hasanudin gemuruh jadi tunang Daiyan Trisha. Sekali ini luahannya.

 

Haidar seronok bekerjasama dengan Daiyan Trisha dalam drama Tetuan Ang & Rahimin. Pertama kali berlakon dengan Daiyan Trisha dalam drama Tetuan Ang & Rahimin, pelakon baharu Haidar Hasanudin mengakui gementar apabila mendapat tahu bakal digandingkan dengan aktres berkenaan. Haidar bagaimanapun berkata perasaan gugup itu berjaya diatasi selepas dia mengenali Daiyan secara peribadi di set penggambaran drama tersebut.

“Dalam drama ini saya menjayakan watak pembantu, menjadi tunang kepada karakter yang dibawakan oleh Daiyan. Sejujurnya, awal-awal memang sangat gementar nak berlakon dengan Daiyan. Sebab pada pandangan saya Daiyan ni seorang pelakon yang berbakat besar dan cantik pula orangnya, tipulah kalau tak rasa gemuruhkan? Tapi bila dah kenal dan nampak keramahan dia di set penggambaran, terus rasa gugup itu hilang. Dia pula sangat baik dan beri tunjuk ajar kepada pelakon baharu macam saya ni,” katanya.

Lakonan Haidar dan Daiyan menerima pujian penonton.

Mahu serius bergiat aktif dalam dunia lakonan, Haidar berkata tawaran membintangi drama Tetuan Ang & Rahimin menjadi platform terbaik untuknya melebarkan lagi sayap sebagai pelakon. Kata Haidar, dia meletakkan sasaran untuk menjadi seorang pelakon versatil dan sehebat beberapa nama besar dalam industri lakonan tanah air.

Syukur penonton suka lakonan saya dan ada sedutan babak lakonan bersama Daiyan tular di TikTok

Haidar mahu serius dalam bidang lakonan.

“Selain menjadi pelakon tambahan, saya juga pernah melibatkan diri menjadi pengacara untuk program Podcast Malam Jumaat bersama Fify Azmi dan menjayakan beberapa tawaran pengacaraan berskala kecil. Alhamdulillah rezeki saya dapat tawaran membintangi drama bersiri arahan Wan Hasliza dan Wan Alauddin ini. Saya anggap ia sebagai permulaan yang baik, terima kasih kepada Rashidi Ishak kerana membuka jalan ini. Syukur penonton suka lakonan saya dan ada sedutan babak lakonan bersama Daiyan tular di TikTok. Sekarang ini saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Angah arahan Eyra Rahman. Untuk telefilem itu, saya berlakon bersama Puteri Balqis. Selepas ini saya memang serius mahu menceburkan diri dalam bidang seni. Saya mahu buktikan kebolehan dan mahu menjadi anak seni berjaya seperti Bront Palarae dan Amerul Affendi,” ujarnya. Tetuan Ang & Rahimin yang turut menampilkan lakonan Rashidi Ishak, Ben Amir dan Anita Baharom ini bersiaran di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pukul 11 malam. Sumber: Mstar

Dalam Diam Eric Fuzi Kongsi Foto Berbaju Pengantin. Sekali Sampai Mak Pun Jawab Pertanyaan Keluarga.

Muat naik foto berbaju pengantin, ramai sangka Eric dah kahwin. Gara gara memuat naik foto berbaju pengantin bersama seorang wanita, ahli kumpulan Floor88 iaitu Eric Fuzi dihujani mesej dan panggilan daripada keluarga dan kenalan rapat. Tampil menjelaskan perkongsian itu, Eric, 30, berkata foto berkenaan dirakam semasa dia menjayakan satu babak dalam drama terbaharu lakonannya. “Selepas saya muat naik foto pakai baju kahwin tu ramai pula percaya dan telefon saya… sampai keluarga dan kawan-kawan pun telefon tanya.

Mak dan ayah saya pun dapat panggilan daripada saudara-mara nak tahu betul ke saya dah kahwin.”Benda tu hanya gurauan sahaja, kebetulan waktu itu penggambaran babak kahwin dengan Reen Rahim, lagi pun masa saya kongsi foto itu tarikh 22 Februari 2022. Saya tengok ramai orang kahwin sebab tarikh cantik, jadi saya pun rasa nak buat content di Instagram.

Eric bergandingan bersama Reen Rahim dalam sitkom Apartment Putra musim kedua yang bakal bersiaran di RTM tidak lama lagi.

“Tak nak orang terus tertanya-tanya, jadi semalam saya buat posting baharu beritahu mereka itu hanyalah sebahagian babak lakonan sahaja,” katanya kepada mStar. Sebelum itu, menerusi Instagram, Eric mengejutkan ramai peminat apabila berkongsi foto bersama seorang wanita memakai baju pengantin sedondon berwarna merah jambu.Sehari kemudiannya dia menjelaskan bahawa foto itu hanyalah sebahagian babak lakonan bersama aktres Reen Rahim dalam sitkom Apartment Putra musim kedua. Dalam pada itu, Eric memohon maaf jika ada mana-mana pihak yang terkesan dengan perkongsiannya itu.

Eric berjanji tidak akan merahsiakan hari bahagiannya kelak.

“Saya hanya bergurau sahaja, minta maaf kalau ada percaya saya dah kahwin. Apa-apa pun terima kasih kepada mereka yang mendoakan supaya saya cepat naik pelamin. “Jangan risau, nanti kalau saya kahwin betul-betul saya akan maklumkan kepada semua,” ujarnya.

Barisan pelakon Apartment Putra musim kedua.

Bercakap mengenai sitkom Apartment Putra musim kedua, drama ini turut menampilkan Joey Daud, Syafie Naswip, Along Cham serta pelakon jemputan setiap episod. Ia akan bersiaran di TV2 setiap Sabtu dan Ahad pukul 6 petang bermula 16 April depan.

Baru je lepas sah berpisah. Sekali Shila Amzah tampil dedah satu berita baik.

Setelah mengesahkan bahawa dirinya bukan lagi bergelar isteri, penyanyi Shila Amzah turut menerima satu lagi berita baik. Ini setelah bekas suaminya, Haris Idraki Elias, telahpun keluar dri rumah miliknya yang terletak di Cyberjaya.

Sebelum ini, ketika proses mahkamah, Shila Amzah telah keluar dari rumah bersama anaknya, Seth dan tinggal di rumah ibu bapanya. Shila mengesahkan dia dah duduk di rumahnya di Cyberjaya menerusi satu post di IG, ketika menjawab persoalan dari seorang peminat. “Sha dah balik ke rumah di Cyberjaya ke.” Tanya seorang peminat setianya.

Ini jawapan dari Shila Amzah: “Sudah, syukur alhamdulillah. Saya dah penat mengemas rumah hari ini. Apapun ianya amat berbaloi. Nasib baik ada ibu saya dan beberapa lagi yang menolong saya kemas rumah.” Dalam pada itu, Shila Amzah juga bersyukur dengan semua penyelasaian yang telah dicapai. Proses perpisahan berjalan lancar serat rumah pun dah dapat duduk semula.

“Secara jujurnya, memang saya tak sangka, memang orang lain rasa macam cepat. Tetapi bagi Sha, memag rasa lama. Sehari pun rasa amat perit. Apapun Sha bersyukur semuanya.” Ditanya tentang punca perpisahan, Shila Amzah tidak mahu menjawab tentang soalan berkenaan. Apa yang penting baginya dia mahu menjaga dirinya dan juga anak mereka iaitu Seth Uwais.

“Banyak hal dah dipertimbangkan sebenarnya, tapi Sha tak boleh la cerita lanjut secara detail, apa yang penting mahu jaga Seth.”

Ditanya adakah dirinya dah bahagia, ini jawapan dari Shila Amzah: “Aku akan temui bahagia, walaupun kita tal lagi bersama.” Berkongsi keadaan rumahnya di Cyberjaya itu semalam, sudah pasti kini Shila seakan dapat menarik nafas lega selepas dapat pulang ke rumah sendiri. Ya, 8 Februari lalu, Shila mendedahkan tentang dirinya yang sudah sah berpisah dengan suaminya selepas selesai bicara k3s di mhkamah.

Pasti kini kehidupannya melalui fasa yang lebih stabil selepas dapat kembali berada di kediaman sendiri. Home sweet home kata orang. Apatah lagi sebelum ini warganet mengikuti perkembangan hidup Shila, pasti maklum akan kerinduannya untuk kembali ke rumahnya itu.

Di hantaran Shila itu, ada pula yang bertanya sama ada rumah yang ditunjukkannya adalah yang di Cyberjaya itu sebelum ia disahkan oleh dirinya. Ramai yang mengucapkan tahniah kerana kembali dapat tinggal di situ.

“Masyallah, So happy for your sis”, “Enjoy your life sweetheart… Senyum mu sgt manis”, “Alhamdullilah. Happy for u if u got back yr house at cyberjaya”, “Beautiful house hunny”, “Enjoy ur life & eat rambutan”, “cantik dan bersih.. Love u Sha..”, itu antara komen warganet kepada Shila yg juga anak kepada penyanyi dan pelakon, ND Lala ini.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Shila apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan tiada siapa yang berkahwin mahukan perpisahan. “Semua orang berkahwin untuk mencari kebahagiaan. Tiada yang berkahwin untuk cerai dan berpisah. Apa saja kemungkinan atau kemudaratan yang berlaku pada diri kita pasti ada hikmah,” katanya.

Terdahulu, pada Disember lalu, Shila mengejutkan ramai pihak apabila membuat pendedahan sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan sudah menfailkan perceraian

Untuk info, Shila Amzah dan Haris Edraki Elias, yang merupakan pekerja bank di London, bernikah pada tahun 2018, dan mempunyai seorang anak lelaki yang kini berumur dua tahun lebih. Perkahwinan mereka hanya bertahan empat tahun. Sumber : IG Shila Amzah

Akhirnya dah sah berpisah. Sekali ini kata kata dari Shila Amzah buat ramai yang sebak.

Selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung, rumah tangga penyanyi Shila Amzah dan suaminya, Haris Idraki Elias akhirnya sampai ke titik noktah. Perkara itu dikongsikan oleh Shila menerusi Instagram yang memaklumkan kes bersama bekas suami selesai. Menerusi entri tersebut, dia dan suami akan berusaha untuk menjaga serta menyayangi anak tunggal mereka Seth sampai bila-bila.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Shila apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan tiada siapa yang berkahwin mahukan perpisahan. “Semua orang berkahwin untuk mencari kebahagiaan. Tiada yang berkahwin untuk berpisah. Apa saja kemungkinan atau kemudaratan yang berlaku pada diri kita pasti ada hikmah,” katanya. Terdahulu, pada Disember lalu, Shila mengejutkan ramai pihak apabila membuat pendedahan sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan sudah menfailkan perpisahan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://greatdailynews.com/

 

Be the first to comment on "Haidar Hasanudin gemuruh jadi tunang Daiyan Trisha. Sekali ini luahannya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*