“Syukur, Cantik Sangat Moga kekal istiqamah..” – Peminat gembira, Nelydia Senrose Berhijab Selepas Pulang Umrah

Tidak dinafikan, sudah lama tidak kelihatan pelakon Nelydia Senrose dalam drama di kaca televisyen. Sejak mendirikan rumah tangga, nampaknya dia lebih memberikan tumpuan kepada suami tercinta.

Baru-baru ini, peminat mula tertanya-tanya adakah pelakon berusia 28 tahun itu sudah mengenakan hijab sepenuhnya apatah lagi baru pulang dari menunaikan umrah di Tanah Suci.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh @nelydiasenrose.fans_

Jika dilihat menerusi akaun Instagram milik peminatnya, banyak posting foto dan video memaparkan pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu tampil berimej baharu tersebut sehingga meraih pujian ramai.

Rata-rata meluahkan rasa senang apabila melihat penampilan adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu berhijab selain mendoakan agar dia terus kekal istiqamah dalam menutup aurat.

Alhamdulillah! Cantiknya bertudung

Moga kekal istiqamah…

Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019 namun belum menimang cahaya mata.

Dengan sekali lafaz, pelakon, Nelydia Senrose, 24, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, jam 3.28 petang tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin, dengan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid, dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka, di sini.

Sebelum acara akad nikah, majlis yang yang dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pihak menyaksikan Nelydia dan Hafez ditunangkan sebagai memenuhi syarat.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

Anggun mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Ezuwan Ismail, Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen bersyukur segala perancangan sejak awal tahun berjalan lancar.

“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.

“Allah memakbulkan doa saya ketika di Tanah Suci Makkah, termasuk dalam soal jodoh. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” katanya.

Berkongsi detik perkenalan, pasangan terbabit bersua buat kali pertama pada 6 April 2017. Setahun kemudian Hafez melamar Nelydia di Amsterdam, Belanda.

“Asalnya, kami merancang untuk berkahwin pada tahun lalu. Begitupun, ada sahaja kekangan yang menghalang hasrat itu.

“Namun, di sebalik ujian dan halangan, saya serta suami melaluinya dengan baik. Sekembali daripada mengerjakan umrah, 5 Januari lalu, saya dan Hafez memutuskan untuk ke gerbang perkahwinan dan kami terus memulakan persiapan,” kata Nelydia sambil menyifatkan pasangannya itu seorang yang menenangkan hati, selain melengkapi kehidupannya.

Esok, pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan berlangsung di lokasi sama.

Jika tiada aral melintang, kata bintang Encik Suami Mat Salih Celup itu, sebuah majlis keraian akan turut diadakan di Kelantan pada musim Aidilfitri nanti.

Sumber : OMM

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://transformasi.pw/

 

Be the first to comment on "“Syukur, Cantik Sangat Moga kekal istiqamah..” – Peminat gembira, Nelydia Senrose Berhijab Selepas Pulang Umrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*