Babak ‘Terobek Raya’ Kembali Tular, “Pecah Perut Bila Johan Buat Lawak”

 

Bila barisan pelakon dan pelawak berkumpul dalam salah satu filem mahu pun drama, memang boleh bikin riuh dengan perangai masing-masing. Apatah lagi bila mereka tidak terlalu terikat dengan skrip yang tersedia, masing-masing keluar perangai ‘masuk air’ yang mampu menggeletek penonton.

Sebuah filem televisyen berjudul Terobek Raya ini sudah lama diterbitkan. Namun baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak dalam perkongsian satu babak ‘Terobek Raya’ ini kelihatan Johan, Ozlynn, Achey, Kazar dan ramai lagi sedang beratur menanti untuk bersalaman.

Seperti kebiasaannya Johan sememangnya cukup selamba dan kadang-kadang dengan gayanya itu sahaja sudah mampu mencuit hati penonton. Apa-apa pun jom layan salah satu babak ‘Terobek Raya’ yang kembali tular ini:

Perkongsian semula rakaman babak ‘Terobek Raya’ oleh seorang pengguna TikTok ini telah meraih lebih 328 ribu tontonan dan 19 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikannya biarpun ia adalah cerita lama. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Johan memang lejen dan pelawak fav saya. Selain dia saya minat Jep, Shuib, Senario, Ropie dan Bell…Korang semua memang terbaik”

Babak Drama Hari Raya 4

“Tak boleh doo kalau ada Kazar ni”

Babak Drama Hari Raya 3

“Ulang2 aku tengok si Johan ne la sakit perut aku gelak”

Babak Drama Hari Raya 2

“Johan lawak nak mampuih. Muka Kaza pon aku takleh belah haha”

Babak Drama Hari Raya 1

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Babak ‘Terobek Raya’ Kembali Tular, “Pecah Perut Bila Johan Buat Lawak”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*