Bekas Atlet Terjun Negara Leong Mun Yee Terima Gelaran Datuk

 

Tular di media sosial Majlis Sukan Negara (MSN), di mana bekas terjun negara Leong Mun Yee menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk dalam satu Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan hari ini. di Istana Negara.

MSN Dan Rakyat Malaysia Ucap Tahniah

Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Majlis Sukan Negara di Instagram sebentar tadi dengan kapsyen ucapan tahniah dan bangga terhadap pengikhtirafan yang diterima bekas atlet sukan tersebut.

Foto – Instagram @msn_malaysia_official

“Awesome!!! Datuk @leong_munyee

Bekas atlet terjun negara @leong_munyee terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran “Datuk” tulisnya

Muat naik Instagram Majlis Sukan Negara itu mendapat banyak komen dan respon dari rakyat Malaysia, dan rata-rata memberi ucapan tahniah dan mengatakan Datuk Leong Mun Yee sememangnya layak mendapat gelaran tersebut.

Foto – Instagram @msn_malaysia_official

“Tahniah Datuk @leong_munyee”

“Memang layak, 5 kali Olimpik. Tahniah Datuk @leong_munyee”

“Tahniah”

“Ok yang ni memang layak”

“Tahniah idol @leong_munyee”

“Tahniah Datuk Leong Mun Yee” komen mereka

Untuk rekod, Datuk Leong Mun Yee merupakan antara atlet terjun negara yang hebat dengan memenangi banyak pingat ketika bertanding bagi mewakili Malaysia di peringkat Olimpik, sukan Komanwel dan sukan SEA.

Tahniah dan syabas buat Datuk Leong Mun Yee.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://murai.my/

 

Be the first to comment on "Bekas Atlet Terjun Negara Leong Mun Yee Terima Gelaran Datuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*