[VIDEO] “Freehair Balik Eh Si Mama Fatima Ni,” Netizen Terhibur Tengok Gelagat Fazura

 

Dengan kemajuan zaman sekarang, kita dapat menikm4ti pelbagai jenis ‘filter’ gambar. Ianya juga dapat memberi keseronokan kepada individu untuk bergurau tak kira dengan sesiapa pun.

‘Filter’ bukan sahaja boleh membuatkan kita nampak berseri seakan bersolek di dalam gambar, malah ada jenis ‘filter’ yang digunakan dengan tujuan untuk bergurau.

Artis bernama Fazura ini sangat popular di kalangan peminat dan netizen di Malaysia. Dia telah memulakan karier beliau dalam industri seni sejak tahun 2002 dan berjaya membina bukan sahaja sebagai seorang pelakon, tetapi juga sebagai pengacara dan penyanyi dalam industri seni.

Fazura  merupakan seorang wanita yang berkaliber dan berjaya namun dia juga dikenali sebagai seorang individu pandai  menghiburkan hati netizen dan peminat.

Baru-baru ini, Fazura telah berkongsikan satu video di akaun Instagramnya dimana dia menggunakan ‘filter’ memakai rambut palsu dan berlakon sebagai amoi cina sambil memanggil nama anaknya.

Fazura merakam video tersebut sambil bercakap menggunakan ‘slang’ cina memanggil anaknya, Fatima untuk datang kepadanya. Menerusi kapsyen, Fazura memberitahu peminat bahawa mereka sekeluarga sedang dalam perjalanan balik ke kampung untuk menyambut cuti perayaan tahun baru cina.

VIDEO :

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Nur Fazura (@missfazura)

Rata-rata netizen sangat terhibur melihat gelagat Fazura dan ada juga yang sempat bergurau dengan mengatakan sejak bila Fazura membuka hijabnya. Selain itu, ada juga netizen yang memuji Fazura sangat comel apabila menggunakan ‘filter’ tersebut.

KOMEN  NETIZEN :

Comel kan Fazura? Secara tidak langsung dia telah mengembirakan hari peminat dan netizen yang lain. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : -CARI

 

Be the first to comment on "[VIDEO] “Freehair Balik Eh Si Mama Fatima Ni,” Netizen Terhibur Tengok Gelagat Fazura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*