“Ramai DM minta tunjuk wajah suami”..- Akhirnya Vicha dedahkan wajah suami tersayang..

 

Umum sudahpun mengetahui pelawak kelahiran Indonesia, Vicha sudahpun mendirikan rumah tangga bersama lelaki dari Nigeria yang dikenali sebagai Johnson.

Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman sudah pun bernikah pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Michael Trevor Ayomide yang berusia dua tahun.

Menerusi laman Instagram pelawak tersebur, dia akhirnya mendedahkan wajah suaminya itu untuk tatapan umum. Jelas Vicha lagi, dia sudah membuat perjanjian bersama Syura Badron yang baru sahaja mendirikan rumah tangga untuk mendedahakn wajah suami masing-masing jika sudah bersedia.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Vicha_Barbie (Besar&Chubby) (@vicha_barbie)

“Saya dan Syura memang rapat dan kami pernah berjanji, kalau suatu hari nanti, Syura dah dedahkan wajah Farizat (suami Syura) kepada umum, saya akan dedahkan wajah suami saya.

“Jadi, semalam, ketika bergambar bersama pasangan pengantin baru itu, suami saya pun bersetuju untuk saya muat naik gambarnya ke Instagram pada hari ini,” katanya kepada sebuah akhbar.

Menurut Vicha lagi, Johnson yang dipanggil ‘daddy’ oleh rakan-rakannya menjelaskan suaminya itu seorang yang pemalu untuk bergambar di hadapan kamera.

“Sepanjang tujuh tahun kami berkenalan sehinggalah sudah berumah tangga, boleh dikira dengan jari sahaja berapa keping gambar yang diambil. Dia memang jenis pemalu untuk bergambar.

“Tapi, disebabkan saya bekerja di dalam industri hiburan, mahu atau tidak, dia perlu membiasakan dirinya. Gambar yang saya muat naik ke Instagram itu pun, dia yang pilih,” katanya.

Pun begitu, Vicah mengatakan sejak berita mengenainya sudah pun bergelar isteri orang tular, ramai DM meminta untuk melihat wajah suaminya itu.

“Hari-hari ada yang DM (mesej) dan beritahu, nak tengok suami saya. Saya beritahu mereka, Insya-Allah, nanti saya akan kongsikan. Jadi, hari ini saya dah tunaikan permintaan mereka,” katanya.

Hasil perkahwinan Vicha dan Johnson, mereka dikurniakan anak lelaki, Michael Trevo Ayomide yang kini berusia dua tahun. Vicha sebelum ini pernah berkahwin dan sudah mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Aurel Angelina Khezya, Listy Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: HM

 

Be the first to comment on "“Ramai DM minta tunjuk wajah suami”..- Akhirnya Vicha dedahkan wajah suami tersayang.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*