“Cantik tp baju tk kena… Adik Beradik Tk TegurKe” Ramai ‘sakltMata’ tengok busana Athisha Khan

Baru-baru ini, umum mengetahui bahawa adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Athisha Khan selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Haiqal selepas 10 tahun berkenalan.

Bagaimanapun, busana pengantin serba putih yang digayakan oleh personaliti mediasosial berusia 24 tahun itu mengundang pelbagai reaksi warganet di aplikasi TlkTok.

Semuanya bermula selepas seorang usahawan, @farrafareez_ memuat naik video ketika menghadiri majlis perkahwinan itu yang berlangsung di di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Rakaman pendek berdurasi enam saat itu memaparkan Athisha beramah mesra dengan para tetamu sekali gus mengucapkan terima kasih selepas menerima ucapan selamat pengantin baharu.

Video tersebut meraih 954,000 tontonan dan ratusan komen netizen dimana rata-rata mengkrltik reka bentuk busana berkenaan yang dikatakan kurang sesuai digayakan sebagai raja sehari.

Meskipun dilihat masih cantik dan menawan, namun mereka berpendapat bahawa adalah lebih manis sekiranya Athisha yang juga seorang Youtuber tampil dengan busana lebih tertutup.

Lagi manis kalau baju kurung atau tradisional

Takde siapa tegur ke fesyen tu?

Cantik tapi salah pilih baju

Gaya rambut pun tak sesuai?

Kahwin sekali je, lagi cantik kalau bertudung…

Sekadar info, Athisha yang juga graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom mengikat tali pertunangan pada 19 Januari lalu dalam sebuah majlis ringkas di kediamannya.

Sumber : omm

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://transformasi.pw/

 

Be the first to comment on "“Cantik tp baju tk kena… Adik Beradik Tk TegurKe” Ramai ‘sakltMata’ tengok busana Athisha Khan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*