Jejaka Umur 28 Tahun , Dah Kenal 5 Tahun. Rupanya Ini Pekerjaan Suami Baru Syura

 

Penyanyi Syura Badron meluahkan rasa syukur selepas selamat bergelar isteri kepada Muhd Farizat Ismail, pada Sabtu.

Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron, 36, sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya itu kira-kira jam 12.30 tengah hari di Masjid As-Salam Puchong Perdana, Selangor.

“Alhamdulillah segala galanya dipermudahkan. Saya bernikah dengan lelaki bujang dan orang kebanyakan. Dia menjalankan perniagaan makanan kecil-kecilan.

“Kami kenal sejak lima tahun lalu. Dalam tempoh itu, dia menjadi penyokong dan pengkritik saya. Ketika saya menceburi perniagaan produk kecantikan kulit, Charmant, dia juga antara yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar,” katanya.

Majlis yang berlangsung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan hanya dihadiri 30 ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua dua mempelai menyaksikan suami Syura melafazkan tiga kali akad nikah kerana terlalu gementar.

Pada majlis berkenaan, Syura yang juga bekas juara Master Chef Selebriti musim kedua itu menerima mas kahwin berupa jongkong emas 1.5 gram.

Pada hari bahagia itu juga, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut menerima wang hantaran yang dipersembahkan dalam bentuk set barang kemas.

Syura yang popular menerusi lagu Nazam Berkasih menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada suaminya.

“Mereka sendiri menangis kegembiraan saat saya sah bergelar isteri tadi. Sebagai anak yang kian membesar, mereka juga memahami pergelutan saya dalam meneruskan kelangsungan hidup.

“Namun, apa terjadi, saya tetap akan menjaga tiga amanah (anak) itu dengan baik. Malah anak juga serasi dengan suami saya selama ini,” katanya.

Syura nikahi peniaga makanan

Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut menerima wang hantaran yang dipersembahkan dalam bentuk set barang kemas yang dirahsiakan nilai.

Syura turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada pihak lelaki.

“Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan. Saya bernikah dengan lelaki bujang dan orang kebanyakan. Dia menjalankan perniagaan makanan kecil-kecilan.

Syura yang popular dengan lagu berentak irama Malaysia seperti Nazam Berkasih dan Bakawali bersyukur kerana tiga anaknya merestui perkahwinan itu.

“Mereka menangis kegembiraan ketika saya sah bergelar isteri tadi. Sebagai anak yang kian membesar, mereka faham pergelutan saya dalam meneruskan kelangsungan hidup.

“Namun, apa terjadi, saya tetap menjaga tiga amanah ini dengan baik. Malah, mereka serasi dengan suami selama ini,” katanya.

Sementara itu, teman baik Syura, Lan Solo dan isteri, Shila Razlan masing-masing berkongsi berita gembira mengenai pernikahan penyanyi itu di Instagram (IG).

Sebelum ini, Syura menikahi Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006. Bagaimanapun, mereka berpisah pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.

Cantiknya Syura. Sama cantik sama padan. Selamat pengantin baru Syura & Ejat

video

Siapa Syura? Zuraidah Badron atau nama popularnya, Syura Badron merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia yang berasal dari Johor.

Beliau adalah pelantun lagu-lagu genre muzik Pop, R&B, Pop Etnik, Ghazal, Keroncong dan Dangdut.

Biodata Dan Latar Belakang

Nama sebenarnya, Zuraidah binti Badron.

Menggunakan nama pentas, Syura atau Syura Badron.

Berumur 34 tahun.

Kelahiran Johor Bahru, Johor pada 6 Oktober 1986.

Berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2000 sebagai seorang penyanyi, komposer, pelakon, model iklan, penata rias dan penari.

Rangkaian album yang dirakamkannya ialah Aroma pada 2000, Firus – bersama Siti Nordiana (2001), Senandung Melayu (2002), Aruda (2003), Balaghah (2004), Syahda Berdendang (2006), Khazanah Pujangga (2008) dan Simbolik Cinta (2014).

Deretan lagu dipopularkannya seperti Kasih Tidak Terjamah, Bakawali (duet bersama Siti Nordiana), Habibah Maisara (duet bersama Siti Nordiana), Tenung Tenung Renung Renung (duet bersama M. Daud

Kilau), Dendang Pusaka (duet bersama M. Daud Kilau), Nazam Berkasih, Candak, Ego dan banyak lagi.

Mendapat pengiktirafan di Anugerah Industri Muzik ke-14 (2007) menerusi kategori Album Pop Etnik Terbaik untuk albumnya yang berjudul Syahda Berdendang yang dalam masa sama dicalonkan dalam kategori Album Terbaik.

Antara lain, tiga buah lagunya pernah berentap di Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke 17 (2002), 19 (2004) dan 21 (2006) iaitu Tenung Tenung Renung Renung (duet bersama M. Daud Kilau), Nazam Berkasih dan Candak.

Mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Fadhly Md. Yassin yang juga merupakan sepupunya yang berkhidmat sebagai guru pada 29 Mac 2006, sebelum bercerai pada 29 September 2014. Mereka merujuk kembali pada 10 November 2014 dan bercerai kali kedua pada 9 Ogos 2015 atas punca yang tidak didedahkan. Hasil perkongsian hidup pasangan ini diserikan dengan kurniaan tiga orang anak iaitu Nurul Dania

Irdani (lahir pada 2007), Nurul Qaisara Sofea (2009) dan Muhammad Irfan Aryan (2011).

Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @syurabadron sehingga kini mempunyai lebih 240,000 pengikut.

Fakta Menarik

Mendapat tawaran menjadi penyanyi rakaman syarikat Fantasia Music City (FMC) selepas empat tahun menyimpan cita-cita tersebut.

Penyanyi wanita kedua yang dipilih sebagai artis naungan FMC selepas Siti Nordiana.

Bapanya, Badron Sakimin, individu yang ingin melihat kelibatnya dalam dunia hiburan, meninggal dunia pada November 1999 sebelum cita-citanya bergelar penyanyi tercapai.

Mula meminati bidang seni suara selepas banyak membabitkan diri dalam pertandingan nyanyian sejak usia 10 tahun. Kerap meraih kedudukan pertama – hingga ke satu tahap penganjur terpaksa menyekat penyertaannya!

Menjadi penyanyi naungan FMC selepas diperkenalkan komposer terkenal, Jari ketika umur 14 tahun – tanpa melalui proses uji bakat seperti penyanyi lain!

Pernah merangkul kejuaraan dalam Pertandingan Nyanyian Lagu Asli anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Johor sebanyak lima kali.

Album pertamanya, Aroma mempertaruhkan konsep pop komersil, balada dan Irama Malaysia yang siap sepenuhnya pada Jun 2000 sebelum dipasarkan pada 1 September 2000.

Pernah mendapat jolokan nama ‘Noraniza Idris Junior’, lantas bakatnya digilap untuk terus memartabatkan seni budaya tradisional Melayu.

Bergelar juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim 2, sekaligus menewaskan selebriti ternama seperti Rozita Che Wan (Che Ta), Datuk Aznil Nawawi, Norish Karman, Celina Khor dan Michael Ang.

sumber: astro gempak, https://iluminasi.com/

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Jejaka Umur 28 Tahun , Dah Kenal 5 Tahun. Rupanya Ini Pekerjaan Suami Baru Syura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*