Wanita Tergelak Anak Balik Sekolah Dengan Topeng Lucu, “Berdekah Aku Gelak…”

 

Kalau anda masih ingat, semasa di sekolah dahulu ada pelbagai aktiviti menarik yang dilakukan di bawah subjek Pendidikan Seni. Ada masanya pelajar akan melakukan pelbagai projek seni sama seperti yang dikongsikan wanita ini tentang gelagat anaknya yang mencuit hati ini.

Bukan sahaja kelihatan comel malah ramai yang turut terhibur melihat gelagat pelajar itu yang siap pulang memakai topeng lucu yang dibuatnya itu. Sehinggakan si ibu juga turut berdekah melihat gelagat anaknya itu semasa dijemput pulang dari sekolah ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu berkongsikan situasi di mana dia mengambil anaknya yang pulang dari sekolah itu. Tetapi apa yang melucukan, wanita itu tidak turun dari keretanya sebaik sahaja melihat kemunculan anaknya itu.

Turut kelihatan, pelajar tersebut yang memakai topeng lucu yang dihasilkannya di sekolah. Mungkin juga pelajar itu baru sahaja selesai menyiapkan topeng itu di kelas dan membawanya pulang untuk ditunjukkan kepada ibunya itu.

pelajar

Lebih mencuit hati, pelajar itu siap memakai topeng itu sambil berjalan menuju ke kereta ketika dirakamkan. Melihatkan gelagat anaknya ini, wanita itu turut sama berdekah dengan aksi selambanya memakai topeng lucu yang dibuatnya itu.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut terhibur melihat hasil topeng yang dipakai oleh pelajar tersebut. Malah ada yang berkongsikan situasi yang sama apabila anak mereka juga pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini.

“Dia bangga nak tunjuk kat mama hasil kerja dia tu.”

topeng

“Berdekah aku gelak…”

sekolah

“Lawak sungguh lah awak ni dik…”

komen

“Nasib baik masih nampak jalan…”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Wanita Tergelak Anak Balik Sekolah Dengan Topeng Lucu, “Berdekah Aku Gelak…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*