“Ada Naskah Hebat Yang Bukan Drama Murahan, Kami Sampai,” – I Promise Janji Anaqi Tamat, Sharnaaz Ahmad Sifatkan Drama Ini Susah Tapi…

 

Setelah bersiaran selama 28 episod, akhirnya drama siri, I Promise Janji Anaqi telah pun melabuhkan tirainya pada Khamis.

Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, pelakon, Sharnaaz Ahmad yang juga merupakan tunjang utama bagi drama tersebut dilihat ada merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang terlibat demi menjayakan karya tersebut.

Menurut Sharnaaz, meskipun drama ini merupakan sebuah naskah yang agak berat baginya, namun, segalanya telah dipermudahkan dengan bantuan semua pihak di belakang tabir dan juga kru produksi.

Katanya lagi, sepanjang 80 hari menjalani sesi pengambaran, dia telah merasai pelbagai pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakannya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

“Terima kasih buat semua team #ipromisejanjianaqi. Cerita ini susah, tapi anda (team) permudahkan sampai tak terasa penat dan perit.

“80 hari shoot yang penuh dengan gelak tawa dan perit kepayahan,” tulisnya.

Dalam pada itu, bapa kepada seorang anak ini turut memaklumkan dia juga amat berbesar hati sekiranya ditawarkan lebih banyak drama-drama yang berkualiti selepas ini.

“Kami dari team #ipromisejanjianaqi mengundur diri dulu ya. Ada naskah hebat yang bukan drama murahan, kami sampai. salam semua!

“Crew, production, artis and of course my Hayla @emma_maembongofficial TERIMA KASIH,” kongsinya lagi.

Dikesempatan itu juga, Sharnaaz turut berterima kasih kepada para penonton yang telah menyokong drama tersebut daripada episod awal sehinggalah yang terakhir.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif selain turut berharap agar drama ini dapat diteruskan lagi untuk musim yang ke-2.

“Betul..drama nie power, takut nak tengok. Anaqi lagi hebat dari Jebat.

“Nak #ipromisejanjianaqi season 2.

“Drama yang paling best setakat ni. Saya bagi 10 bintang. Daripada watak utama hingga ke watak pembantu semua padu.

“Antara lokonan abang yang terbaik..tahniah abang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Selain Sharnaaz, drama arahan, Hadith Omar ini turut dibintangi oleh berisan pelakon-pelakon hebat seperti Emma Maembong, Talha Harith, Alicia Amin, Dayana Roza dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.mediahiburan.my/

 

Be the first to comment on "“Ada Naskah Hebat Yang Bukan Drama Murahan, Kami Sampai,” – I Promise Janji Anaqi Tamat, Sharnaaz Ahmad Sifatkan Drama Ini Susah Tapi…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*