Ini Jawapan Dari Dr RadzlJidin Lpas Kec0h Mkanan RMT Hanya Nasi DanKuah

Shah Alam – Tular di media sosial pada Rabu pelajar penerima Rancangan Makanan Tambahan RMT did.akwa hanya berbekalkan nasi putih dan kuah sahaja di sekolah.

Seorang pengguna Facebook yang berkongsi simpatinya memuat naik sekeping gambar makanan itu sambil mempersoalkan peruntukan ker.ajaan menerusi program tersebut.

“Cucu saudara bawa balik dekat mak dia makanan RMT. Sedih betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah?.

“Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Rabu.

Tambah wanita itu, sebelum ini pelajar sering meng.adu makanan RMT tidak sedap namun diminta supaya bersyukur dengan bantuan yang diterima.

“Sebelum ini budak-budak mengadu makanan MT tidak sedap, kita pun beritahu kena bersyukur sebab masih ada makanan. Tetapi, ini makanan untuk siapa? Ayam? Tidak tahu salah siapa dalam hal begini,” katanya.

Justeru, wanita itu menggesa kera.jaan menyi.asat i.su tersebut agar tiada pihak yang tertekan.

“Saya rasa perlu disi.asat kenapa diberi makanan seperti ini kepada penerima RMT. Sudahlah senarai penerima RMT wajib sekolah hari-hari tanpa penggiliran. Makanan begini yang dikatakan ‘mampu memacu pendidikan kita?.

Dr Radzi Jawab

Kementerian Pendidikan Malaysia KPM akan menjalankan s.iasatan berhubung d.akwaan murid hanya diberi makan nasi dan kuah di bawah Rancangan Makanan Tambahan RMT.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, beliau dimaklumkan mengenai d.akwaan terbabit yang tular di media sosial dan sudah mengarahkan si.asatan dilakukan.

“Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang did.akwa sebagai makanan kepada murid di bawah RMT.

“Saya memandang serius dakwaan itu dan arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terbabit,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Dr Radzi berkata, KPM tidak berkompromi dalam hal yang membabitkan kebajikan murid.

Kredit : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://kisahbena.com/

 

Be the first to comment on "Ini Jawapan Dari Dr RadzlJidin Lpas Kec0h Mkanan RMT Hanya Nasi DanKuah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*