Anzalna Wajah Baharu Loveta, ‘Dekta’ Jadi Pewaris Perniagaan Siti Sarah

 

Jenama tudung tanah air, Loveta mengumumkan pelakon Anzalna Nasir sebagai ‘wajah baharu’ menerusi kerjasama pertama mereka sebagai pembuka tirai 2022.

Siti Fatimah Teruskan Loveta 

Meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh pengasasnya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin melalui jenama tudung yang dibangunkan, kini pengasas bersama yang juga ibu tiri kepada penyanyi kesayangan ramai itu, Siti Fatimah Suberi, 34 tahun terus membangunkan jenama Loveta untuk kekal relevan.

“Saya gembira kerana niat untuk bekerjasama dengan Anzalna berjalan dengan baik sekali.Apabila kita menyatakan hasrat untuk ‘menyunting’ beliau, hasrat tersebut disambut dengan baik dan bermulalah kerjasama antara kami.

“Apa-apa pun saya berterima kasih kepada hubungan baik yang terjalin antara Anzalna dan arwah Sarah sejak dahulu. Ini juga yang menjadi sebab utama kenapa beliau (Anzalna) sudi memilih jenama Loveta dalam kempen kali ini, ” kata Siti Fatimah.

Anzalna Tolak Tawaran Lain 

Bagi Anzalna pula, dia akui menerima tawaran daripada beberapa jenama hijab yang lain. Namun, mengenangkan persahabatan serta permintaan Allahyarhamah Sarah sebelum ini, dia memutuskan untuk bersama-sama dengan Loveta disamping ingin membantu para ejen menerusi jualan dalam kempen Loveta X Anzalna.

“Sebelum ini, arwah dan Shuib pernah meluahkan hasrat untuk berkolaborasi bersama saya tetapi ketika itu saya masih terikat kontrak dengan jenama lain. Kali ini saya turut menerima pelbagai tawaran tudung yang lain. Namun, selepas memikirkannya dan berbincang bersama suami, saya putuskan untuk terima lamaran dari Loveta” dedah Anzalna

Anak Perempuan Tunggal Shuib & Sarah Jadi Pewaris 

Anzalna dan Siti Fatimah ditemui Murai.my dalam majlis perasmian Loveta X Anzalna di Ruma Hotel Kuala Lumpur pada petang Jumaat. Dalam majlis itu, Loveta turut mengumumkan Dzakira Talita Zahra, 9 tahun sebagai pewaris jenama itu.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh 𝐿𝑜𝓋𝑒𝓉𝒶 𝒷𝓎 𝒮𝒾𝓉𝒾 𝒮𝒶𝓇𝒶𝒽 (@lovetahq)

Talita yang juga merupakan anak perempuan tunggal kepada Shuib dan arwah Sarah akan menyambung legasi perniagaan tersebut dan tudung untuk kanak-kanak sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini bakal diperkenalkan sebagai debut kanak-kanak itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://murai.my/

 

Be the first to comment on "Anzalna Wajah Baharu Loveta, ‘Dekta’ Jadi Pewaris Perniagaan Siti Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*