Kasut Nabil Ahmad Curi Perhatian Warganet, Netizen Bongkar Harga Cecah RM11,919?

 

Penampilan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad pada malam Gegar Vaganza minggu kelapan mencuri perhatian pengguna media sosial.

Biarpun setiap minggu mengacara bersama Jihan Muse, kali ini kasut Nabil menjadi spotlight warganet. Kasut jenama Air Jordan 1 Retro Chicago 2015 itu digayakan bersama sut berwarna oren, semalam.

Tertarik dengan gaya tersebut, netizen lantas mencari harga kasut itu di pasaran. Berdasarkan ciapan di Twitter @HarmanHarison, dia menyatakan kasut itu dianggarkan berharga RM11,919.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata wargamaya akui turut sama memerhati kasut yang digayakan pemilik Ahmad Nabil Ahmad.

Malah, ada yang menyifatakan bapa kepada tiga orang cahaya mata ini memang gemar mengumpul koleksi kasut.

Sebelum ini, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah menjadi bualan warganet selepas netizen gigih menggali harga jam tangan mewah dan tudung yang dipakai beliau.

Sumber: Twitter @HarmanHarison

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://ohbulan.com/

 

Be the first to comment on "Kasut Nabil Ahmad Curi Perhatian Warganet, Netizen Bongkar Harga Cecah RM11,919?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*