Tenang Dengar PU Riz Bacakan Zikir, Neelofa Terkejut Bayi Menendang Masa Live

 

Walaupun tidak membuat pengumuman terbuka, berita mengenai kehamilan Neelofa bukan lagi sebuah rahsia di kalangan peminat. Bahkan tempoh lalu, dia pernah membuat video unboxing baju-baju bayi. Dengan saiz perut yang semakin besar dan sarat, nampaknya hari untuk selebriti ini melahirkan bayi sulung sudah semakin menghampiri.

Hulurkan tangan ingat nak apa…Rupanya nak salam suami

Sejak beberapa hari kebelakangan ini juga, gelagatnya bersama Pu Riz yang membuat video live berunsurkan dakwah serta keagamaan sering muncul di ruangan media sosial khususnya TikTok. Namun tanpa sengaja, ada pula beberapa hal lucu terjadi ketika mereka sedang berinteraksi dengan ribuan penonton.

Bayi tendang mesti suka dengar suara bapak dia

Pun begitu, yang paling menarik perhatian apabila bekas pengacara ‘MeleTOP’ itu tiba-tiba terkejut apabila bayinya aktif menendang. Ia berlaku tepat ketika suaminya sedang mengalunkan bacaaan kalimah suci zikrullah. Terlihat beberapa kali Neelofa telah memejamkan mata seolah-olah menahan keadaan yang sedang berlaku dalam kandungannya.

@ainunumirah___

MasyaAllah 🥰 #neelofa #puriz #harisismail #neelofafans #fyp #foryou

♬ bunyi asal – ainunumirah – ainunumirah

Tendangan yang membahagiakan…Semoga jadi anak soleh & solehah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasa agak terhibur selain mengaminkan doa yang ditulis pemilik video berkenaan iaitu  ainunumirah. Selain itu, mereka juga menyifatkan tendang ini adalah sejenis refleksi yang sangat membahagiakan bagi seorang ibu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber:TikTok ainunumirah

 

Be the first to comment on "Tenang Dengar PU Riz Bacakan Zikir, Neelofa Terkejut Bayi Menendang Masa Live"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*