“Semaaaangaaaatttt!!!”- Gelagat Tokti Tiru Gaya Bonda Hetty Buat Ramai Terhibur

 

Penyanyi kesayangan ramai, Dato Sri Siti Nurhaliza mencuri perhatian ramai apabila berkongsi di Instagram sedutan siaran langsung program MeleTOP yang dihadirinya sebagai tetamu jemputan pada malam Isnin.

Siti Tiru Gaya Hetty 

Dalam video itu, kelihatan Siti menyanyi dan meniru gaya penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang yang juga hadir sebagai tetamu. Menyanyikan lagu hits Hetty berjudul Bulu Romaku, Siti berjaya memecahkan suasana dengan gelak ketawa mereka di studio rakaman kerana berjaya meniru gaya penyanyi itu.

video

Di ruangan kapsyen, Siti turut berseloroh dengan menyifatkan ‘moment’ tersebut jarang sekali akui terhibur dengan tindakan spontan nya itu.

“Seronok dapat menyanyi battle dengan legenda yang saya horm4ti, ibu Hetty @hke57. Ini sekadar menghiburkan dan saya diberikan lagu Berdiri Bulu Romaku, oleh kerana lagu ini viral sewaktu konsert Satu Suara 2, saya dan ibu Hetty, malam ini kononnya nak meniru semula gelagat beliau. Hahaha tak boleh buat selalu ni…semangatttttttttttt!!!!” tulis Siti.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Sesekali sekali ada game macam battle ni di @meletop .#Repost @meletop with @make_repost

・・・

Bukan selalu @ctdk dengan @hke57 nak battle ni korang! Kalau macam ni min tak tahu la siapa menang sebab dua dua hebat betul #MeleTOP”

Ramai Yang Terhibur 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut terhibur dengan gelagat Siti dan Hetty. Malah tidak kurangnya, ada diantara mereka pertama kali melihat pelantun 7 Nasihat itu berjenaka sedemikian.

Sekadar info, Bulu Romaku dendangan Hetty itu telah diterbitkan pada tahun 1986. Pada tahun yang sama, penyanyi dari seberang ini telah memenangi Anugerah BASF bagi lagu tersebut yang terjual lebih dari satu juta unit di Indonesia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Instagram @ctdk

 

Be the first to comment on "“Semaaaangaaaatttt!!!”- Gelagat Tokti Tiru Gaya Bonda Hetty Buat Ramai Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*