Nurul Zahid bongkarkan rahsia suami Heliza Helmi selepas dia dedahkan perbualannya wasap dia dengan suami Heliza dulu

Umum mengetahui penyanyi Heliza Helmi telah sah bergelar isteri kepada Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dalam sebuah majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 1 Januari 2022. Namun siapa sangka, Heliza sebenarnya merupakan gadis idaman yang diimpikan oleh jutawan perniagaan itu sejak tahun 2019. Menerusi posting di Instagram, anak kepada presiden UMNO, iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan tangkap layar perbualannya bersama Mahadi suatu ketika dahulu. “Semua sudah tertulis. Dapat jugak dia ‘dream girl’ dia sejak 2019 dia ‘teropong’ dari jauh”- dedah Nurul

Tambah Nurulhidayah atau lebih dikenali sebagai Nurul, dia sudah memperkenalkan ramai calon isteri kepada Mahadi namun, sudah ditakdirkan bahawa Heliza adalah jodoh terbaik buatnya. “Kenalkan dengan ramai  jugak tapi dia nak jugak DREAM GIRL dia sampai dapat. Owhh wel. Alhamdulillah dapat dah!”- kata Nurul lagi. Mengejutkan, Heliza sendiri pun tidak tahu menahu tentang kisah suaminya yang mendambakan dirinya sejak sekian lama.

Heliza cakap “…Kak Longggg.. tak tahu pun pasal ‘dream girl’ tu. Satu Malaysia tahu dah..”Tu la yg special. Dia tahu apa yg dia nak. Gitewwwwww…tulisnya di ruangan kapsyen. Menerusi hantaran itu, rata-rata peminat dan rakan artis teruja dengan kisah cinta dan impian suami Heliza dan mendoakan agar mereka berdua sentiasa berbahagia hingga ke akhirnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Instagram nurul.zahid

Ramai Yang Ktuk Imej Janggut Suami Heliza Helmi. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Dia Bongkarkan Cerita Sebenar Tentang Kisah Janggutnya Buat Ramai Yang Terkedu.

Tiada angin tiada ribut, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Heliza Helmi selamat bergelar isteri kepada seorang dan jutawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman semalam. Bagaimanapun, imej janggut Mahadi yang mencecah paras perut lebih mengundang perhatian warganet kerana jarang melihat seseorang berpenampilan seperti itu.

Selain dipuji mengamalkan dan membudayakan sunnah Nabi Muhammad SAW, ahli perniagaan berusia 39 tahun juga tldak terlepas daripada kata-kata ‘jahat’ warganet yang mengutuk imej tersebut.

Menerusi ciapan di laman Twitter, beberapa indivu dipercayai kurang gemar bagi melihat imej ahli perniagaan itu selain dituduh tidak secocok dengan Heliza atau mesra dipanggil Kak Ja. Sementara itu, menerusi satu video di akaun TlkTok @produk.muslim.bmf, difahamkan ahli perniagaan dari Pulau Pinang itu sudah 17 tahun menyimpan janggutnya sejak berusia 22 tahun.

Meninjau ke ruangan komen, terdapat segelintir membldas semula kvtukan tersebut. Namun tidak kurang ada juga yang berterusan mempersoalkan imej Mahadi.

Terdahulu, pasangan itu bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dimana Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sumber : earnsupport.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://bartatoday.net/

 

Be the first to comment on "Nurul Zahid bongkarkan rahsia suami Heliza Helmi selepas dia dedahkan perbualannya wasap dia dengan suami Heliza dulu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*