Wani Kayrie akhirnya mampu beli Mercedes-Benz CLA180 cecah RM200,000

Pelakon dan penyanyi Wani Kayrie akhirnya tercapai impian mengidam ada kereta sendiri bagi urusan harian,
Beliau berkata, bersyukur atas rezeki ini yang mana mampu memiliki Mercedes-Benz CLA180.

“Lama mengidamkan untuk ada kereta sendiri bagi urusan harian. Hasil titik peluh kerja pagi balik pagi, back to back kerja sampai saklt.

“Semoga dengan hadiah ini menjadikan diri ini untuk lebih kuat berusaha mencari rezeki & memberi ke depannya. Truly, trust the beautiful process of life,” katanya menerusi akaun Instagramnya.

Menurutnya, Wani Kayrie turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan. 

Syazwani syafirah Abdullah (lahir 17 Mac 2000) atau lebih dikenali sebagai Wani Kayrie merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.kerjaya hiburannya bermula selepas menjadi juara rancangan TV realiti Kamilah Bintang di Astro Ceria pada 2010.

Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi lagu masyhurnya “Jangan Jangan”. Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam rancangan Big Stage musim pertama di mana beliau berjaya memenangi tempat keempat.

KOMEN NETIZEN:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

sumber: Instagram Wani Kayrie

Be the first to comment on "Wani Kayrie akhirnya mampu beli Mercedes-Benz CLA180 cecah RM200,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*