“Dia ejek aku macam Gajah…”- Selepas 4 Bulan Awek ‘blah’, ‘glow up’ Lelaki ini Mengejutkan Semua

 

Bukan mudah bagi menurunkan berat badan! Tanpa motivasi secukupnya, ia sekadar ‘hangat hangat tahi ayam’ kerana hanya bersemangat pada awal dan berakhir dengan kemalasan.

Bagi Tuan Muhammad Rafiq, dia berbangga apabila berjaya menghilangkan 50 kilogram (kg) hanya dalam masa empat bulan selepas bentuk fizikalnya sering dihina orang sekeliling.

Lebih mengecewakan apabila pemuda yang mesra disapa sebagai Apik itu ditinggalkan teman wanita atas alasan malu melihat dirinya sering diejek rakan-rakan menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok baru-baru ini.

“Sebab aku berisi, dia tinggalkan aku. Dia cakap malu, kawan dia ejek aku macam gajah. Tak layak dengan dia,” tulisnya yang kini memiliki berat badan 70 kg berbanding 120 kg sebelum ini.

Malah pemuda berasal dari Dungun, Terengganu itu berkongsi, wanita tersebut juga malu untuk mengaku mereka menjalinkan hubungan cinta ketika bergelar pasangan kekasih.

@tuanrafiq21

4BULAN STRUNGGLE 😌#fyp #weightloss #glowup

♬ bunyi asal – apik nak kurus🥺

“Dulu kau tak nak mengaku aku ni pakwe kau sebab aku berisi. Tengok la badan aku yang berisi ni, sekarang aku dah buktikan yang aku boleh kurus,” katanya.

Tidak berkongsi ‘rahsia’ menurunkan berat badan dalam masa singkat, Rafiq bagaimanapun ada membalas pertanyaan netizen berhubung perkara itu yang mengamalkan pemakanan sihat serta senaman larian.

Menerusi video berdurasi 27 saat tersebut, dia yang dipercayai baru menyertai pengambilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu memuat naik foto perbandingan dirinya sebelum dan selepas menurunkan berat badan.

Meninjau ke ruangan komen video yang tular, rata-rata netizen kagum melihat transformasi berkenaan yang disifatkan luar biasa apatah lagi wajahnya juga dipuji ‘glow up’.

Selain itu, ada juga segelintir individu memberikan pendapat bahawa bekas kekasih Rafiq pasti menyesal meninggalkan lelaki tersebut yang kini semakin dipandang ramai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : TikTok @tuanrafiq21 , OMM

 

Be the first to comment on "“Dia ejek aku macam Gajah…”- Selepas 4 Bulan Awek ‘blah’, ‘glow up’ Lelaki ini Mengejutkan Semua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*