Terus Rasa Serba Salah Lepas Kongsi Gambar Baby Bump. Elvina Mohon Maaf Lepas Ramai Ucap Tahniah.

 

GARA-GARA memuat naik foto memperlihatkan baby bump dengan kapsyen ‘mak buyong’, pelakon Datin Elvina dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti.

Disangka sedang hamil anak kedua, Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 26, mengakui berasa serba salah kerana perkongsian itu hanya penampilannya dalam sebuah drama berjudul Lockdown.

“Saya tak hamil, ramai yang sangkakan saya hamil. Sebenarnya gambar yang saya upload dekat Instagram tu dalam set drama Lockdown.

“Saya minta maaf, rasa serba salah pula bila dah post lepas tu orang ramai cakap tahniah,” katanya kepada mStar.

Rata-rata rakan artis dan peminat untuk memberi komen mengucapkan tahniah dan mendoakan selamat melalui proses bersalin.

 

Antara komen rakan artis dan netizen di Instagram.

Ahhh so happy for you. Oh my goodness! Congratulations sayang.

“Yea second one is on the way. Join the club, mother of two!

“Yeay Karl Mateen nak dapat adik!” antara komen rakan artis pada perkongsian itu.

Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama Takdir Yang Tertulis ini tidak menafikan mempunyai berkeinginan untuk menimang cahaya mata kedua apatah lagi usia anak pertamanya Karl Mateen sudah memasuki dua tahun.

InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan share. Tak ada nak sembunyi-sembunyi.

ELIVINA MOHAMAD

PELAKON

“Ramai yang mendoakan dan tanya bila nak ada next baby. Karl dah besar dan kita pun tak ada planning lagi untuk baby kedua.

“InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan share. Tak ada nak sembunyi-sembunyi.

 

Elvina berkeinginan untuk menimang cahaya mata kedua sekiranya ada rezeki.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Elvina mendirikan rumah tangga dengan Haniff pada 18 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki Karl Mateen yang kini berusia dua tahun.

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : http://trendinggiler.pw/

 

Be the first to comment on "Terus Rasa Serba Salah Lepas Kongsi Gambar Baby Bump. Elvina Mohon Maaf Lepas Ramai Ucap Tahniah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*